
Saya mula diperkenalkan minuman KH Kopi sekitar dua tahun lepas masa tu cuti panjang sebelum masuk degree oleh seorang rakan. Dia sendiri menjalankan perniagaan ini secara sampingan untuk mendapat duit poket. Sifatnya yang rajin membolehkan dia mendapat pendapatan ulangan apabila pelanggannya memesan KH Kopi apabila bekalannya habis.
Dengan keazaman untuk mencuba saya membangunkan laman jualan KH Kopi dan Fan Page di Facebook. Untuk mencuba nasib pada awalnya. Dengan konsep bangunkan dan tinggal, saya mula mendapat beberapa panggilan untuk membuat belian. Siapa tak seronok kalau benda main-main bertukar menjadi serius. Dengan mengambil stok daripada kenalan tadi saya terus membuat jualan dan hantar melalui pos. Alhamdulillah sedikit sebanyak berjaya memberi pendapatan sampingan.
Baca lagi…
Salam. Sementara ada kesempatan menulis ni, saya menulis sikit apa yang terbuku di hati. Bukan apa, setengah daripada kita ni baik hati, tapi untuk berkongsi tu mesti dia nak faedah kat dia jugak. Lalu, diletakkan iklan sementara sampai ke blog dia. Kita bukanlah berkira sangat, iklan tu lah yang sara dia bayar bil broadband gamaknya. Tapi sampai setiap page nak klik ada adf.ly, siapa tak marah?
Ini mungkin pengalaman sedih aku dengan Adf.ly, tapi aku tak pernah jumpa lagi brader yang pasang Adf.ly ni dapat cashout setiap bulan. Kalau ada, kongsi sini aku nak menuntut. Ada beberapa andaian yang boleh aku buat daripada program Adf.ly ni kepada publisher tempatan, lebih tepat lagi kepada blogger Malaysia.
Fakta pertama tentang Adf.ly ialah program ini tidak sesuai kepada blogger tempatan kerana harga yang dikenakan kepada setiap klik adalah merepek dan tidak masuk akal. Berikut adalah SS Publisher Rates yang diletakkan oleh Adf.ly berkuat kuasa 3 Februari. Abaikan kadar yang diletakkan kerana merepek.

Baca lagi…

Menjelang perlawanan keempat dalam Kelayakan Sukan Olimpik London 12 Peringkat Asia esok, skuad Harimau Muda bertekad untuk menebus kekecewaan selepas tewas 3-2 di tempat sendiri November lalu.
Dengan penyenaraian semula Irfan Fazail, Gary Steven Robbart dan Wan Zaharulnizam Zakaria yang pulih daripada kecederaan sedikit sebanyak membantu jurulatih Ong Kim Swee untuk mencongak strategi untuk memperoleh kemenangan yang pertama.
Baca lagi…