KH Kopi | khkopi

Radix Fried Chicken (RFC) alternatif KFC!

May 29, 2009 · 27 comments

Radix Fried Chicken

HPA Industries Sdn. Bhd melalui Radix Fried Chicken Sdn. Bhd. telah melancar Radix Fried Chicken (RFC) yang mana francais rangkaian makanan segera yang pertama milik Bumiputera Islam di Malaysia. RFC yang mula beroperasi pada 1 Jun 2008 ini kini telah mempunyai dua cawangan di Sungai Petani, Kedah dan Alor Setar, Kedah. Cawangan yang ketiga mereka akan dibuka di Kangar, tidak lama lagi.

Berlandaskan kepada moto, “Produk Halal Tanggungjawab Bersama” prinsip tersebut menjadi asas kepada pegangan dalam setiap pengurusan dan operasi serta tatasusila syarikat dalam menjalankan perniagaan restoran makanan segera. Objektif syarikat adalah menyediakan pilihan makanan segera halal kepada umat Islam dan masyarakat secara umumnya.

Seperti rangkaian makanan segera yang lain, RFC menawarkan pelbagai variasi makanan yang berasaskan makanan ala barat antaranya;

  • Ayam goreng
    Ayam yang digoreng dari sejuk beku terus ke dalam minyak sayuran yang bermutu tinggi dengan suhu mengikut piawaian keselamatan makanan.
  • Bun
    Roti yang segar dihantar terus dari kilang untuk memastikan mutu dan kualiti berada dalam keadaan selamat.
  • Mashed Potatoes & Gravy
    Mempunyai citarasa yang berbeza daripada pesaing yang mana lebih lembut dan berkrim, berempah serta lebih halus.
  • Coleslaw
    Sayur-sayuran yang dicampurkan bersama mayonis sesuai bagi mereka yang menggemari makanan ala barat dan sangat enak dimakan bersama ayam goreng organik.
  • Mix Salad
    Berupaya memberi peluang kepada sesiapa yang merancang program diet. Mix Salad adalah hasil daripada campuran Salad, tomato dan sayuran segar sesuai untuk mereka yang vegetarian. Kehebatan Mix Salad dapat menyumbang kepada faktor kesihatan dengan memberi tenaga, karbohidrat, protein dan garam.

Untuk mempelbagaikan lagi variasi pilihan makanan, mereka memperkenalkan Rosties atau nugget pada harga RM 3.80 untuk 5 ketul, Rice Delight atau nasi ayam pada harga RM8.95 dan juga Herb Burger dari harga serendah RM5.35. Untuk minuman, anda boleh memilih sama ada Radix Kola, Jus Jambu, atau Coklat Ais.

Pendapat peribadi Adam, Adam amat menyokong usaha HPA Industries untuk membina rangkaian makanan segera berlandaskan Islam di Malaysia sebagai alternatif kepada ayam goreng KFC. Adam sendiri telah merasai kehebatan ayam goreng RFC ini. Ayamnya agak besar berbanding ayam KFC, mungkin kerana ayam organik yang dibela dengan teknologi tinggi lebih berisi. Paling menyelerakan ialah Sos Cili dan Sos Thai yang terasa kepedasan yang menyelerakan. Mungkin sama dengan Sos Ladas atau Sos Life oleh KFC dan Kimball.

Rasanya tak rugi kalau mencuba dan merasai kehebatan ramuan herba yang  diperkenalkan oleh Tn. Hj. Ismail bin Ahmad ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan Radix Fried Chicken, anda boleh ke laman web rasmi mereka atau ke laman web HPA Industries.

Related Posts with Thumbnails

{ 27 comments… read them below or add one }

haritz May 30, 2009 at 12:49 pm

aku ader nampak ari balik kg tp belum try lg

Reply

Adam May 30, 2009 at 7:03 pm

haritz: aku ader nampak ari balik kg tp belum try lg

Oh, boleh cuba… Sokong produk buatan Malaysia ;) Malaysia Boleh!

Reply

alkisah May 31, 2009 at 9:15 pm

ni baru betul……..produk sendiri lagi best. Aku dah lama boikot KFC dan McD..nmn mampukah aku boikot selamanya? mampu kot dengan adanya RFC

Reply

pyerudz June 1, 2009 at 12:31 pm

tahniah radix kerana maju setapak lagi. bila RFC nak sampai kolumpo nih?

Reply

Wan June 1, 2009 at 6:40 pm

Hari tu makan Kaizer (org melayu punyer) tak sedap.. uhuks!

Reply

beliamuda June 1, 2009 at 9:39 pm

kalau dah ada alternatif untuk produk macam ni, lebih baik kalau kita sokong..

Reply

Viere June 2, 2009 at 12:03 pm

Kangar RFC ka? Bkn Radix Chicken House ka? Ia berlainan konsep.. Dan Radix Chicken House dah bukak di Jelempok, Arau Perlis.

Reply

loq June 3, 2009 at 4:25 pm

aku pon ade post entri pasal RFC nih…
kita memang wajib support produk dari org Islam

Reply

Wira DuniaMoto June 4, 2009 at 3:01 pm

Syukurlah dah ada pesaing KFC atas nama
bumiputera pulak tu.

Aku ngan famili memang selalu makan KFC.
Harap2 RFC akan muncul di Klang tenpat aku
tinggal sekang ni. :)

Reply

adol June 5, 2009 at 12:38 am

bagus HPA nie, mak aku ahli HPA produk yang di keluarkan semua bagus2…

Reply

Viere June 5, 2009 at 3:42 am

Dah buka pun dkt kangar tu.. Bukan RFC.. Tapi Radix Chicken House.. Berbeza entiti dengan RFC.. Silap maklumat kot

Reply

Adam June 5, 2009 at 3:52 am

alkisah: ni baru betul……..produk sendiri lagi best. Aku dah lama boikot KFC dan McD..nmn mampukah aku boikot selamanya? mampu kot dengan adanya RFC

InsyaAllah, kalau niat kita kerana Allah :)

Reply

Adam June 5, 2009 at 3:53 am

pyerudz: tahniah radix kerana maju setapak lagi. bila RFC nak sampai kolumpo nih?

Kuala Lumpur dah berada dalam waiting list. Tunggulah ketibaan RFC nanti ;)

Reply

Adam June 5, 2009 at 3:54 am

Wan: Hari tu makan Kaizer (org melayu punyer) tak sedap.. uhuks!

Walaupun Kaizer bukan milik HPA, tapi ini merupakan satu usaha untuk memajukan perniagaan Melayu. Kalau kita tak tolong bangsa sendiri, siapa lagi? Jadi, mari kita sama-sama sokong produk tempatan untuk kesejahteraan bersama.

Reply

Adam June 5, 2009 at 3:55 am

beliamuda: kalau dah ada alternatif untuk produk macam ni, lebih baik kalau kita sokong..

100% setuju. Dulu semua orang mintak alternatif, sekarang sudah ada. Jadi, beralihlah!

Reply

Adam June 5, 2009 at 3:55 am

Viere: Kangar RFC ka? Bkn Radix Chicken House ka? Ia berlainan konsep.. Dan Radix Chicken House dah bukak di Jelempok, Arau Perlis.

Saya akan buat follow-up dan pembetulan nanti beserta gambar. InsyaAllah.

Reply

Adam June 5, 2009 at 3:56 am

loq: aku pon ade post entri pasal RFC nih…
kita memang wajib support produk dari org Islam

Okayh! Backlink! Backlink!
Niat untuk tolong bangsa sendiri, dan tidak bergantung kepada pengaruh Amerika.

Reply

Adam June 5, 2009 at 3:58 am

Wira DuniaMoto: Syukurlah dah ada pesaing KFC atas nama
bumiputera pulak tu.Aku ngan famili memang selalu makan KFC.
Harap2 RFC akan muncul di Klang tenpat aku
tinggal sekang ni. :)

Semoga persaingan sihat terus berlaku. Dengar kata, area Lembah Klang dah masuk dalam waiting list untuk pembukaan cawangan. Kena tunggu sedikit masa lagi. HPA juga ada mencari rakan kongsi untuk membuka francais. Modal 1.5 juta.

Reply

katahill June 7, 2009 at 12:21 am

menarik. barulah mkan tanpa was2 !

Reply

Adam June 7, 2009 at 2:48 pm

katahill: menarik. barulah mkan tanpa was2 !

Jom Radix! ;)

Reply

BAGAK June 7, 2009 at 3:05 pm

Semoga dapat dibuka dibanyak lagi tempat

Hari tu tak sempat restoren , masa pergi SP

Reply

Shakaff June 9, 2009 at 1:36 am

haram lapaq ayam goreng aih… dajeh

Reply

Adam June 9, 2009 at 1:38 am

Shakaff: haram lapaq ayam goreng aih… dajeh

Balik Kangaq lekaih. Ataupun beli Ayam, goreng di sana. Boleh ka?

Reply

adib. June 16, 2009 at 2:01 pm

adam dah penah p ka..tp kalau nk waktu sempoi.p sebelom waktu 12:30, sbb kalau cawangan alor setar nk kena beratur ngan bdk2 insaniah lg..mmg panjang laa que dia..lg satu lepas insyak mmg sesak la..dengan pak imam baru balik masjid bawak jemaah suma makan..pengalaman aku sket masa keja kt HPA Al-Wahida Marketing, Jejawi, Perlis, Sangat best…

Reply

syed mohd suhaimi January 10, 2010 at 9:29 pm

tahniah RFC.belum cuba lagi tapi insyaallah akan cuba jugak satu hari nanti.tak sabar nak tunggu RFC bukak cawangan di Senawang/ Seremban ni…..

Reply

g September 9, 2011 at 11:46 am

psl apa rfc seriab tutup

Reply

abu darwisy December 6, 2011 at 6:49 pm

doakan rfc ni bkembang dgn cepat ke stiap daerah
Entri terkini abu darwisy: Teman Rapat Yang Membawa PadahMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: