KH Kopi | khkopi

Tips Penjagaan Yamaha Majesty YP250

May 16, 2009 · 16 comments

Yamaha Majesty YP250

Sebentar tadi ditegur oleh seorang pengguna Yamaha Majesty YP250, Bro Shaiful melalui Yahoo Messenger. Beliau merupakan orang kuat kepada Majesty Riders Club (MRC). Sempat bersembang panjang bersama beliau berkenaan hal-hal penjagaan Yamaha Majesty YP250 atau Yamaha Majesty ini. Antara topik yang disentuh ialah mengenai Tips Penjagaan Yamaha Majesty YP250. Antara yang perlu diberi perhatian ialah:

  1. Sparepart Yamaha Majesty YP250 boleh didapati secara meluas daripada kedai-kedai peralatan motor di Kien Heng Motor, Jalan Pahang; Standard NKS Jalan Pudu dan Tanjung Sepat.
  2. Coolant perlu dijaga dan ditukar sekurang-kurangnya setahun sekali.
  3. Minyak enjin yang disarankan ialah Motul Scooter 1200ml. Lebihan minyak enjin boleh mengakibatkan leaking minyak atau gasket pecah.
  4. Penggunaan bateri third-party boleh mengakibatkan kerosakan pada coil charging atau rectifier.
  5. Penggunaan lampu HD tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan bateri cepat flat.
  6. Tayar yang disarankan ialah Bridgestone Hoop 130/70/20 (RM220) untuk tayar belakang dan 110/90/12 (RM200) untuk tayar hadapan.

Untuk maklumat lanjut mengenai MRC atau ingin mendapatkan khidmat bantuan sebarang servis Yamaha Majesty YP250, anda boleh menghubungi Saudara Shaiful dengan menyertai forum MRC di Autoworld.com.my : Yamaha Majesty.

Related Posts with Thumbnails

{ 16 comments… read them below or add one }

Azah May 16, 2009 at 2:26 pm

aku tak tau langsung pasal motor…
eh…jap…
Yamaha Majesty YP250 tu motor la kan?
huhu….

Reply

Adam May 16, 2009 at 11:45 pm

Azah: aku tak tau langsung pasal motor…
eh…jap…
Yamaha Majesty YP250 tu motor la kan?
huhu….

Haha. Takkan nak pump angin pun tak pandai kot? Mesti boleh kan.. Kira oke la tu.. ;)

Ya, Majesty ialah skuter.

Reply

gegaq May 17, 2009 at 12:19 am

oit..
yamaha majesy..
apa lagi pantang dia kena jaga?

Reply

Adry May 19, 2009 at 7:14 am

aku tau guna motor jak… hehehe

Reply

Adam May 19, 2009 at 9:26 pm

gegaq: oit..
yamaha majesy..
apa lagi pantang dia kena jaga?

Minyak hitam setiap 1000KM tukaq la. Coolant jaga. Enjin kena rajin start takut bateri weak.

Reply

aman May 19, 2009 at 9:28 pm

aku baru tgh blaja bawak moto..hehe

Reply

Adam May 19, 2009 at 9:30 pm

Adry: aku tau guna motor jak… hehehe

Jaga motor penting takut nanti dia buat hal. Hehe.

Reply

Adam May 20, 2009 at 2:19 am

aman: aku baru tgh blaja bawak moto..hehe

Halo Abg Aman! Lama tak menjenguk ke sini.
Eleh, takkan baru belajar kot. Belajar bawak 1400CC la neh. ;)

Reply

adol May 20, 2009 at 2:24 am

ada ke moto nie, aku x penah dgr pun… huhuhu

Reply

Adam May 20, 2009 at 2:45 am

adol: ada ke moto nie, aku x penah dgr pun… huhuhu

Ada, tapi rare la kat Malaysia ni. Haha. Yamaha dah tak keluar lagi dah.

Reply

baloot May 23, 2009 at 7:26 pm

Adam, motor ni amat jarang ditemui kan?
Nitro pun ada jugak motor yang tiru macam Yamaha Majesty ni rasanya. Betul x?

CC dah besar, tapi body lak aku tak berkenan dengan moto ni. Nak cilok susah r. Kalau Gilera tu ok jugak. LOL.

Reply

Adam May 23, 2009 at 10:47 pm

baloot: Adam, motor ni amat jarang ditemui kan?
Nitro pun ada jugak motor yang tiru macam Yamaha Majesty ni rasanya. Betul x?CC dah besar, tapi body lak aku tak berkenan dengan moto ni. Nak cilok susah r. Kalau Gilera tu ok jugak. LOL.

Hihi. Gilera kalau duit tebal orait ah ;) Glemer sikit. Yamaha apa class kan? Tapi motor ni tetap terbaek lah. Nak bela pun costing jugak.

Ya, Nitro dan Modenas. Elegan tu klon kepada Majesty mungkin. Ramai pakai Elegan sebab sedap. Motor ni memang sedap kalau nak jalan jauh. :)

Sekarang kalau nak jumpa motor ni kat kedai pun susah, dah tak kilang lagi dah. Ganti model Majesty 400CC.

Reply

hashim May 11, 2010 at 2:36 pm

berapa rm nak tukar belting majesty?
dan setiap berapa km kena tukar?

Reply

junkiee August 25, 2010 at 4:44 am

belting ori = RM3++
kevlar malossi = rm4++

ketahanan = 1 tahun (atau lebih)

begantung pada pulasan jari kanan anda…

moto ni susah nak jumpa kat jalan mesia..lau ade pon pasal saki baki yang terselamat dari malaysia gawat dulu…(lau tak gawat, motor ni senang ar nampak kat jalanraya)

sebagai pengguna majesty tegar, motor ni tak sesuai utk yang tak hati kering tengok rege sparepartnye…sebab kepuasan bawak majesty ni..mmg berbaloi…hahahaha

Reply

junkiee August 25, 2010 at 4:37 am

hashim : belting tu jenis mitsuba…rege dalam rm3++

ade gak yang serat lebih tapi tahan 3~6 bulan aje..satu lagi cons dia..makan primary sheave majesty ni…mangkuk tu kene jaga, once dia haus…makan beribu nak replace balik wooo!

tapi lau nak sedap jenis kevlar malossi..rege dalam rm4++

tempoh hayat dia dalam 1 tahun lebih…(begantung pada pulasan minyak tu jugak) lau belai lembut, lagi lama dia tahan, lau ari ari dok “rogol” dia…dalam setahun tu, check takut ada hairline pada belting…bleh check masa servis minyak itam, slalunye pomen yamaha akan check smua…lau ada faulty skit dorang akan bagitau…

tapi yang best motor ni…long distance…comfort..siap bleh bersila sambil menunggang..hahaha!

sparepart takdelah cekik macam motor jenama itali..cuma kene pandai carik, tanya orang dan survey..hehehe

Reply

fadzil November 22, 2010 at 12:12 pm

salam…semua komen dari saudara saiful adalah benar….majesty sesuai dgn nama nya…ada harga ada kelas.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: