KH Kopi | khkopi

Spammers Semakin Bijak!

November 28, 2009 · 11 comments

Adam baru selesai membaca sebuah entri daripada Saudara Anarm bertajuk Tolong hentikan hantar email spam! di blog beliau. Di sana, beliau ada kongsikan tips untuk mengelakkan daripada anda dispam melalui e-mel. Salah satu cara yang popular kita gunakan untuk elak alamat e-mel kira daripada dikesan oleh spambot atau mailcrawler ialah menggantikan tanda ‘@’ dengan [at] atau [@]. Rasanya, kaedah ini sudah lapuk dan dengan mudah dikesan oleh mail crawler ini juga. Untuk tips lain, anda boleh terus ke laman blognya.

Apa yang menarik yang hendak dikongsikan di sini ialah sejurus selepas selesai membaca posting beliau, Adam terus membuka e-mel untuk memeriksa kalau-kalau ada e-mail baru daripada rakan. Satu e-mel asing dibuka, dan berikut adalah kandungan e-mel tersebut.

Teknologi Spamming

Ini kalau tak salah, cara untuk mereka mengesahkan yang e-mel kita adalah masih aktif. Sekiranya anda membuat balasan, mereka akan mendapat pengesahan yang kita masih aktif menggunakan alamat emel ini lalu kita akan terus menerus menerima e-mel spam yang lebih teruk. Macam mana nak buat? Abaikan e-mel tersebut dan biarkan dia bermain dalam kotak ‘Spam’ sehingga cukup tempoh matang, dan akan terpadam dengan sendirinya. Kalau anda terus mahu padam, tiada masalah!

Related Posts with Thumbnails

{ 11 comments… read them below or add one }

beliamuda November 28, 2009 at 10:53 pm

biasanya, dengan buka emel dia dah boleh detect emel kita itu masih aktif. Sebab itulah dalam emel, gambar tidak keluar terus, sebab melalui gambar ni la maklumat akan dihantar kepada mereka sama ada emel masih aktif atau tidak…
.-= beliamuda´s last blog ..(Gambar) Ibadah Haji 2009 =-.

Reply

Adam November 30, 2009 at 10:52 am

Terima kasih atas info. Ingatkan kalau reply sahaja ya. Lama betul tak update ni. Hehe.

Reply

syinrayafa November 30, 2009 at 6:42 am

info yg menarik…xtahu la plak kenapa org suka buat [at] dekat email….skang baru tahu…hehehehe…me kasihhhh…

Reply

Adam November 30, 2009 at 10:53 am

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Sama-sama kita kongsi ilmu ya. Kalau nak tips, boleh teruskan pembacaan di laman web saudara Anarm.

Reply

luth textile December 1, 2009 at 1:52 am

salam,
meluat aku dgn emaiil spam.. tambah2 lg pasal maybank tu u tuu yg sepam2 punya.. malas layan!
.-= luth textile´s last blog ..Lima perkara yang tak best tentang nasi kandar =-.

Reply

Adam December 3, 2009 at 7:10 pm

Haha. Lagi meluat kalau spammers ni guna alamat e-mel kita untuk hantar spam. Phishing pun satu kategori penyemak alam jugak bro, jangan ada yang tertipu sudah.

Reply

naz December 2, 2009 at 12:11 am

cool one thanks, selalu jugak dpt emel camni. =D
.-= naz´s last blog ..Unexpected traffic from search engines =-.

Reply

Adam December 3, 2009 at 7:10 pm

Thanks. Selamat bertandang ke sini ;)

Reply

Anarm December 4, 2009 at 3:29 am

spam itu bodoh.. terima kasih..
.-= Anarm´s last blog ..Meredah lautan demi sebuah hosting =-.

Reply

Precious December 5, 2009 at 10:57 am

Jom join kontes lah! RM5 sudah pasti. Maybe lebih2 lagi … Jom!!
Uhhh … I hope you tak regard this as a spam, k!! Kalau u feel that way, sorry! Just ignore this …
.-= Precious´s last blog ..Let’s Make Money =-.

Reply

loq December 7, 2009 at 9:50 am

spam itu bodoh! whoa anarm! boleh buat tee lepas ni..
.-= loq´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal =-.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: