KH Kopi | khkopi

3 Perisian Portable Pembersih Virus

December 17, 2009 · 8 comments

Sebagai menghargai pengunjung ke laman blog ini, Adam sediakan buah tangan untuk anda sekalian. Untuk kali ini, Adam sediakan tiga buah perisian portable (mudah alih) pembersih virus dan malware untuk komputer anda. Adam rasa semua perisian ini berguna untuk anda, jika tidak hari ini mungkin pada masa akan datang. Kesemua persian yang disenaraikan adalah percuma dan anda boleh menggunakan perisian ini untuk tujuan peribadi atau komersil tanpa sebarang sekatan.

1. Instant Messenger Cleaner

Sejak belakangan ini, ada sahaja mesej berbahasa Filipina yang menerjah masuk ke tetingkap Yahoo Messenger. Bukannya mesej penting, tapi mesej spam yang berpunca daripada malware yang membiak di dalam komputer pengguna. Ramai juga yang bertanyakan tentang solusi untuk menghapuskan mesej spam itu. Okay sekarang Adam perkenalkan satu perisian khas untuk anda yang bertugas untuk menghapuskan semua virus itu.

Cara Penggunaan: Pasangkan dan jalankan perisian Instant Messenger Cleaner di komputer anda. Tekan ‘Scan’ dan perisian akan beroperasi dan mula mencari fail yang membawa kepada virus dan memadam secara automatik. Selesai!

Pembangun: Codemonster

Muat turun: Release 3.150.0.0

2. Re-enable V2

re-enable-portable20

Apabila komputer anda dijangkiti oleh virus, sesetengah daripadanya mampu untuk melumpuhkan sistem komputer anda dengan mematikan fungsi Registry Editor (regedit) dan Task Manager. Dengan perisian Re-enable V2, anda boleh memulihkan fungsi ini dengan hanya satu klik. Selain fungsi Registry Editor, anda juga boleh memulihkan fungsi ‘cmd’, ‘taskmgr’, ‘System Restore Config’, ‘Folder Options’ dan ‘Run’. Perisian ini dengan mudah dapat memulihkan semua komputer yang diserang dengan virus W32.daprosy, W32.sality.aa, dan trojan.Win32.Delfiles.n dengan jayanya.

Pembangun: Tangosoft

Muat Turun: Re-enable Lite | Re-enable Portable | Re-enable Lite Installer

3. Norman Malware Cleaner 2009

norman-malware-cleaner2

Perisian mudah alih untuk membersihkan malware dan virus dalam komputer anda, Norman Malware Cleaner 2009 ini berupaya untuk membersihkan pendrive atau cakera keras anda daripada sebarang virus. Perisian ini mampu untuk:

  • Membunuh proses beroperasi yang dijangkiti
  • Menghapuskan jangkitan daripada cakera (termasuk komponen ActiveX dan objek Browser Helper)
  • Mengungkapkan dan menghapus ‘rootkit’
  • Mengembalikan nilai registri yang benar
  • Hapus rujukan yang dicipta oleh Malware di ‘file hosts’
  • Memadam Peraturan-Peraturan Windows Firewall untuk program berbahaya

Pembangun: Norman

Muat Turun: Norman Malware Cleaner

Related Posts with Thumbnails

{ 8 comments… read them below or add one }

samsollis December 17, 2009 at 12:47 pm

igt kn bhsa vietnam.heee

Reply

Adam December 17, 2009 at 11:57 pm

Oh. Vietnam ka? Sama saja kot. :) Dah cuba? Sebarkan kepada rakan ya.

Reply

ikram December 18, 2009 at 12:50 am

terima kasih kerana bagitaw..memang berguna software ini..

Reply

Adam December 18, 2009 at 1:34 am

Okay. Sama-sama.

Boleh sebarkan kepada rakan-rakan yang terkena virus untuk membersihkan virus dari PC atau laptop mereka. Sesi pembelajaran akan bermula, bersedialah untuk berlawan dengan virus dari makmal dan perpustakaan :)

Reply

Mus December 20, 2009 at 12:25 pm

Re-enable V2 mmg aku cari. akhirnya jumpa kat sini. terima kasih bro kerana berkongsi info.
.-= Mus´s last blog ..Adat Perkahwinan Kaum Bisaya Daerah Beaufort Sabah =-.

Reply

Adam December 21, 2009 at 6:09 pm

Sama-sama. Nanti saya kongsi banyak lagi perisian percuma untuk kesihatan PC anda :)

Reply

KECHIK January 19, 2010 at 1:27 am

baguih2..

Reply

SobriMansor December 25, 2010 at 12:03 am

Rugi tak donlod nih…hehehe
Entri terkini SobriMansor: SobriMansorcom Teknologi jangan disalahgunakanMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: