Keputusan Piala Sumbangsih 2010 – Negeri Sembilan lwn Selangor
Posted on 10. Jan, 2010 by Adam in Cerita Hari Ini
SEREMBAN: Selangor membuka tirai bola sepak Liga Super musim ini dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam ini.
Bagaimanapun, Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas Idris Karim menanduk masuk bola hasil sepakan percuma ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad pada minit ke-27.
Perlawanan sumbangsih itu turut disaksikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Besar Tampin, Syed Razman Syed Idrus Al Qadri, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Selepas rehat, pasukan “The Red Giant” bimbingan K Devan bangkit memberi asakan bertalu-talu dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Safee Sali dan berselang tujuh minit kemudian, D Surendran berjaya menyumbat gol kemenangan buat Selangor. – Bharian
Keputusan Liga Super
Keputusan Liga Super
Kuala Lumpur 1 – T-Team 1
KL Plus 3 – Pulau Pinang 1
Pahang 2 – Perak 1
Terengganu 0 – Kelantan 0
Johor 0 – Kedah 3
Perlis 0 – Johor FC 1
Related Posts


Fahmishah
11. Jan, 2010
Darah Negeri Sembilan mengalir dalam badan, tapi menetap kat Selangor sejak kecil. So tak tahu nak sokong mana. Haha
Fahmishah´s last blog ..Setelah Sekian Lama
Adam
22. Jan, 2010
Selangor dah semakin gah sekarang.
menteil
12. Jan, 2010
saya orang selangor! huhu…
menteil´s last blog ..Mencari Kembali Pembaca Lama Yang Menghilang
Adam
22. Jan, 2010
Pasukan Liga Super Selangor musim ni nampak lebih bertenaga. Di awal musim dah mula mendahului pencabar terdekat. Teruskan kecemerlangan ni!
Kimizo
31. Jan, 2010
Nampaknya, pasukan lain mula mengejar selangor dalam liga super… terutamanya kelate…