Garis Panduan Penulis Blog

Posted on 09. Feb, 2010 by Adam in Fakta

Setiap hari kita akan dengar banyak berita berkaitan dengan penyalahgunaan blog untuk menyebarkan fahaman songsang atau memburukkan orang lain. Dalam arena politik sendiri, ahli politik yang menggunakan laman blog untuk menyebarkan propaganda mereka akan lebih mendapat perhatian daripada ahli politik yang masih menggunakan pendekatan lama seperti menulis di surat khabar. Namun, perlu ada beberapa garis panduan yang perlu diikuti oleh penulis blog ini tidak kira daripada golongan amatur, professional atau ahli politik agar ketepatan makluman dan kesan daripada penyebaran maklumat melalui laman blog tidak akan memudaratkan. Garis panduan untuk penulis blog itu didasarkan kepada kod etika Persatuan Wartawan Profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Berikut adalah beberapa petikan bahawa penulis blog hendaklah :

  1. Jujur dan adil dalam mendapatkan, melapor dan menginterpretasi maklumat.
  2. Jangan sekali-sekali menciplak.
  3. Mengenal pasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan.
  4. Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut.
  5. Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta.
  6. Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera.
  7. Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi.
  8. Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog.
  9. Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi.
  10. Mematuhi piawaian yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.

Random Posts


Bookmark and Share

2 Responses to “Garis Panduan Penulis Blog”

  1. menteil

    09. Feb, 2010

    uiks? dah ada garis panduan.. huhu…
    semua di atas tu adalah betul…

    tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk menulis blog… tulis selagi mahu dan beretika.. hehe…

    nice post..
    menteil“s last blog ..Dua Tahun Di menteil.net My ComLuv Profile

    Reply to this comment

Leave a Reply