Daripada 29 tenaga pensyarah yang mengajar di FKPM, UiTM Melaka ini, hampir 90% daripada kami adalah bekas pelajar-pelajar MassComm sendiri. Paling senior adalah saya sendiri yang bergraduat pada Disember 1994. Seringkali ketika duduk melepak bersama-sama, pasti terimbau kenangan-kenangan, pahit manis sewaktu mengharungi hidup sebagai mahasiswa MassComm dahulu. Waktu itu, FKPM dikenali sebagai Kajian Sebaran Am [...]





