Sedar tak sedar, kita sudah berada di pertengahan bulan Mac. Maksudnya April 2010 akan menjengah tiba. Dalam beberapa minggu lagi, Adam akan menamatkan pelajaran di bumi Melaka. Kalau nak dikisahkan, banyak kenangan manis. Tapi mungkin tak sesuai nak dibincangkan sekarang.
Tak sampai 10 hari lagi pelajar semester enam akan bersedia memeriahkan Karnival 1Malaysia 1Media dan Seminar Broadband di MITC Melaka. Kami sebagai jawatankuasa kerja sekarang bertungkus lumus menyelesaikan beberapa perkara penting bagi menjayakan karnival ini. Masalah usah dikata, setiap hari akan ada saja masalah yang datang, tak kisah dari pihak penganjur bersama, peserta dan tidak ketinggalan penganjur sendiri.
Dalam masa beberapa minggu di Lendu ini, banyak keinginan nak dibuat. Dulu time Botat sebelum grad, kami paksa dia untuk round satu UiTM, jalan dari setiap level ke setiap blok dan buat benda-benda yang akan dia ingat kat bumi Lendu. Tapi, dia tak buat pun. Sekarang, tibalah masa untuk kami di semester enam ni buat semua benda tu sebelum grad. Mampukah? Kami dah ada plan sendiri, tengok nanti apa yang akan terjadi. Bunga api besar-besaran mungkin.
InsyaAllah, 7 hari ini kita akan bekerja bersama-sama untuk mencapai satu standard yang dikehendaki oleh Fakulti dan daripada para peserta sendiri. Jom jayakan Karnival 1Malaysia 1Media di MITC!
P/S: Cuba disiplinkan diri untuk menaip satu post pada setiap hari. Dah bersawang la blog ni. PR pun turun.
Ikut fahaman kaum Cina, makan besar ni merupakan satu aktiviti wajib bila menjelang Tahun Baru Cina. Yeee sangggg!
Fahaman orang Melayu pulak bila makan besar ni terbahagi kepada dua jurusan iaitu makan banyak atau makan dengan duit yang banyak. Jadi kalau memba memba ajak makan besaq, secara sendirinya kena set minda bahawa duit mesti kembung dalam wallet. Selalunya di Kangaq nak makan besaq pun semua akan menala ke Kuala Perlis. Mana tidaknya, pemahaman makan besar duit pun besar dikecualikan. Makan tiga ekoq ikan siakap tiga rasa pun, semua puas hati.
Di Melaka kalau nak makan besar boleh datang ke Pantai Puteri atau Umbai. Sana banyak restoran nelayan yang sediakan makanan laut. Kalau nak makan besar versi orang barat boleh saja singah mana-mana hotel lima bintang seperti Hotel Equitorial.
Harini gua makan besar selepas tiga minggu lepas. Bawak isteri tercinta pergi suatu pekan koboi di Melaka dengan niat nak makan besar. Tak ada kejayaan nak diraikan pun, cuma makan untuk perut sendiri. Mungkin nak bagi perut gembira jugak sebab tiap malam saja makan nasik putih dengan telur dadar di restoran panel atau di restoran Sri Kelemak.
Berbekal sekeping not hijau, Alhamdulillah kepingin dalam hati berjaya dilunaskan. Tunggu pulak lepas ni kalau kalau ada lagi nak makan besar. Ikan bakar pun sedap!
Hello. Kali ini betul betul kemunculan semula. Lama yang betul meninggalkan ruang penulisan ni. Sejak gunakan antaramuka yang agak seperti majalah National Geographic, semua kandungan yang ditulis pun adalah iras iras National Geographic jugak.
Hari ini (sebenarnya dah lama) berniat untuk menukar tema kepada yang lebih ringan. Takmau lagi rupanya macam laman web Nat Geo. Selepas berhempas pulas dengan sambungan Internet yang nyawa-nyawa ikan, akhirnya tukar kepada satu tema yang kosong. Biar kosong, ada penulisan dan sikit gambar sudah. :)
Lagi 15 hari pelajar Semester 6 akan menjayakan Karnival 1Malaysia 1Media. Maksudnya semakin sibuk untuk kami para comittee untuk menyiapkan pelbagai kerja kami. Tunngu, nanti dan lihat apakah perkembangannya.
Migrain adalah sejenis sakit kepala yang akan datang apabila berlakunya stress. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan Antara petua untuk mengurangkan sakit migrain yang sering diamalkan ialah:
1. Berehat seketika dengan berbaring.
2. Elakkan terkena cahaya matahari yang terang atau pancaran matahari.
3. Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar samar kerana keadaan terang boleh menambah sakit kepala.
4. Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala dan tekapkan pada mata.
5. Jika masih tidak reda, cuba gunakan air suam.
6. Fikirkan secara positif.
Pengguna tegar Internet melalui telefon bimbit pasti tidak asing lagi dengan perisian Opera Mini. Perisian pelayar Internet mudah alih ini terkenal dengan kelebihannya untuk memadatkan gambar, teks dan elemen web yang lain sebelum dipaparkan ke skrin untuk pelayaran yang lebih laju. Opera kini telah melancarkan Opera Mini 5 beta 2 yang mana banyak fungsi baru diperkenalkan untuk menjadikan pelayar mudah alih ini lebih mesra pengguna.


Antara fungsi utama yang telah diperkenalkan ialah fungsi Tabbed Browsing. Fungsi ini akan membolehkan pengguna untuk menyusuri beberapan laman web dalam satu-satu masa. Fungsi ini pasti memudahkan pengguna apabila boleh menjalankan multi-tasking. Fungsi kedua yang menarik perhatian ialah Download Manager, berfungsi menyenaraikan fail yang sedang dan selesai dimuat turun dengan penunjuk peratusan. Speed Dial dimajukan dengan menyediakan ‘thumbnail’, berbanding versi Opera Mini 4 yang hanya menyediakan Speed Dail berbentuk teks. Pengguna boleh menyelaraskan pautan daripada PC ke Mobile anda dengan menggunakan Opera Link. Jadi, anda masih boleh melayari senarai laman web kegemaran anda di Mobile anda.
Fungsi lain yang dimajukan untuk Opera Mini 5 adalah seperti kelajuan dipertingkatkan kepada 90%, pengurus kata laluan, tetapan paparan Mobile dan banyak lagi. Anda boleh terus memuat turun versi beta 2 di pautan http://m.opera.com/next atau muat turun ke PC anda sebelum dipindahkan ke mobile. [via Opera]