KH Kopi | khkopi

GMail perkenal Priority Inbox

September 4, 2010 · 4 comments

GMail telah memperkenalkan Priority Inbox (masih dalam peringkat percubaan), satu sistem penapisan e-mail ke dalam peti masuk (Inbox) yang mengasingkan e-mail mengikut kepentingan. E-mail yang masuk ke Inbox akan dibahagikan kepada 3 pecahan iaitu Priority Inbox, Starred dan Inbox.

E-mail yang dilabel sebagai Priority — secara automatik dikesan sebagai penting apabila anda kerap membaca atau membalas daripada alamat email tersebut akan diletakkan pada pecahan paling atas. Selepas membacanya, anda boleh melabel sebagai Starred jika anda perlu membacanya untuk kali kedua. Jika tidak, email tersebut akan dilepaskan ke Inbox.

Fungsi ini sedikit sebanyak dapat membantu ahli perniagaan atau sesiapa yang kerap berurusan dengan e-mail dengan cara mengurangkan masa memilih e-mail untuk dibaca berdasarkan kepada peringkat kepentingan. Untuk maklumat lanjut berkenaan fungsi baru ini, anda boleh melayari laman bantuan rasmi GMail Priority Inbox.

Related Posts with Thumbnails

{ 4 comments… read them below or add one }

Jayce September 4, 2010 at 9:21 am

Using Gmail with Outlook now. Did not notice it until login using Firefox. ;)
Entri terkini Jayce: How to enable 3G data connection on Android HTC HD2My Profile

Reply

Adam Roslan September 4, 2010 at 9:34 am

Hehe. How about GMail Voice Call? :)

Reply

azizan4444 September 4, 2010 at 11:48 am

baru pagi td aku perasan bendalah ni bila masuk gmail..tp x berape nak paham sangat..huhu
Entri terkini azizan4444: Esok Raya- Jom Balik Kampung Yay!My Profile

Reply

Adam Roslan September 4, 2010 at 12:56 pm

Fungsi ni sangat menarik kalau sehari tu 100 email masuk, jimat masa.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: