Bagaimana Membeli Superbike Singapura?

by Adam Roslan on November 5, 2010

Soalan:

Adakah warganegara Malaysia boleh membeli motorsikal besar singapura? Adakah kita boleh memandu motorsikal tersebut atas jalan di malaysia? Ramai yang mengatakan kita boleh menggunakan motorsikal tersebut kerana ada COE.

Jawapan:

Untuk makluman tuan, tuan boleh membeli motosikal berkuasa tinggi di Singapura sekiranya tiada halangan daripada pihak berkuasa di negara tersebut. Tuan boleh memandu motosikal tersebut di atas jalan raya di Malaysia sekirannya memenuhi syarat seperti yang dilampirkan. Untuk membawa balik kenderaan tersebut secara kekal ke Malaysia, tuan dikehendaki mendapatkan AP (Approval Permit) daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Dilampirkan bersama prosedur memandu masuk kenderaan dari luar negara ke Malaysia untuk rujukan dan makluman tuan selanjutnya.

LAMPIRAN – PROSEDUR MEMANDU MASUK KENDERAAN DARI LUAR NEGARA KE MALAYSIA

Mana-mana warganegara asing atau warganegara Malaysia yang mempunyai status Penduduk Tetap (PR) atau permit bekerja yang sah dari mana-mana negara asing, dibenarkan membawa masuk satu kenderaan atau satu motorsikal; jika memenuhi syarat-syarat di bawah:

  1. Kenderaan telah didaftarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk pendaftaran atau pelesenan kenderaan motor di negara tersebut;
  2. Kenderaan hendaklah dieksport semula dalam tempoh tiga bulan dari tarikh import;
  3. Pemandu kenderaan hendaklah memohon Permit Pergerakan Antarabangsa (ICP) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia dan mempamerkan permit tersebut pada kenderaan di pintu masuk. Walau bagaimanapun, pemandu yang membawa masuk kenderaan yang didaftarkan di Singapura dan Brunei adalah dikecualikan.
  4. Di pintu masuk sempadan Malaysia, pengimport perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Kenderaan dan lain-lain dokumen kepada pegawai kastam yang hak jika dikehendaki untuk pengesahan dan kelulusan.

P/S: Lepas ni boleh plan beli Kawasaki ER6-N Singapura, yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran Malaysia. Tapi, harga ER6-N hari ini lebih murah menerusi pemasangan tempatan (CKD) yang dijual pada harga RM28,000. Prosedurnya, motorsikal tidak boleh dibeli dengan nama kita, tetapi dengan nama agen dan setiap 3 bulan permit mesti diperbaharui.

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Previous post:

Next post: