Kadar Harga ‘Skybridge’ Menara Berkembar Petronas

by Adam Roslan on August 25, 2011

Kadar Harga 'Skybridge' Menara Berkembar Kuala Lumpur

Skybridge KLCC atau Jejantas Udara Menara Berkembar Petronas merupakan tarikan utama jika anda ke KLCC selain pusat beli belah Suria KLCC. Jambatan ini terletak 170 meter daripada tanah di tingkat 41 dan 42. Panjang jambatan ini ialah 57 meter dan seberat 750 tan.

KLCC menyediakan tiga pakej lawatan iaitu Pakej 1 untuk Jejantas Udara sahaja berharga RM 10 untuk Dewasa dan RM 3 untuk pemegang MyKad dan kanak-kanak. Pakej 2 membenarkan anda ke Jejantas Udara dan Dek Tinjau, berharga RM40 untuk dewasan dan RM20 untuk pemegang MyKad dan kanak-kanak.

Bagi yang berminat menjamu selera di Malaysian Petroleum Club, anda boleh membeli Pakej Premium berharga RM200 untuk makan tengahari dan RM350 untuk makan malam.

Anda boleh mendapatkan tiket ini mulai 8.30 pagi di Kaunter Tiket Skybridge di aras ‘Concourse’ Menara Berkembar Petronas. Jejantas Udara KLCC ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin mulai jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Pada hari Jumaat, Jejantas Udara KLCC ditutup pada jam 1.00 hingga 2.30 petang bagi memberi laluan kepada Solat Jumaat.

{ 23 comments… read them below or add one }

BloggerHowtt August 25, 2011 at 10:36 am

Mahalnya kalau nak makan ;p Entri terkini BloggerHowtt: Emas Sebagai Alternatif Pelaburan [Bahagian 1]My Profile

Reply

Adam Roslan August 25, 2011 at 2:24 pm

Makan kat bawah pun boleh. Saja mengada nak makan hebat hebat. Haha.

Reply

budaini August 25, 2011 at 10:42 am

samapi ku kasih miring ni pc gara2 mo tinguk gambar mu ni adam… :) Entri terkini budaini: Tukar Cara Lama Membaca PDF.My Profile

Reply

Adam Roslan August 25, 2011 at 2:24 pm

Hehe. Salah teknik ambil gambar. Sepatutnya potrait, bukan landscape kan.

Reply

lizz August 25, 2011 at 2:48 pm

rasa macam nak sengetkan lappy je nak tengok gambo ni nyer pasal.hahaha Entri terkini lizz: MyNewsHub Portal Berita Terbaik – STICKY POSTMy Profile

Reply

Wizurai August 25, 2011 at 11:04 am

kena bayar ke? ingatkan free… hehe… Entri terkini Wizurai: Retrospektif : TujuhMy Profile

Reply

Adam Roslan August 25, 2011 at 2:25 pm

Hai Wizurai. Lama tak nampak. Dulu free, tapi prosedurnya ketat. Cuma beberapa tiket dikeluarkan untuk setiap 15 minit. Sekarang tak kisah janji ada tiket.

Reply

Wadi AR August 25, 2011 at 12:13 pm

terkedu sy tengok.
Entri terkini Wadi AR: Spontaneous Thursday #7My Profile

Reply

Adam Roslan August 25, 2011 at 2:26 pm

Selalunya pelancong asing yang naik. Kita rakyat Malaysia mana suka tengok pemandangan, mau shopping saja.

RM10 dah kira murah lah tu.

Reply

Mohd Khairi August 25, 2011 at 12:38 pm

wow! boleh pegi nih…x pernh rasa lg naik jmbtn udara tu heee

Reply

Adam Roslan August 25, 2011 at 2:27 pm

Kalau ke KLCC, naiklah. Saya pun tak pernah naik sebenarnya. Haha.

Reply

aisyah August 25, 2011 at 1:27 pm

menara berkembar petronas la.. bkn kuala lumpur.. hehe =)

Reply

Adam Roslan August 25, 2011 at 2:29 pm

Terima kasih. Saya pun keliru, nak guna KLCC atau Menara Berkembar Petronas. Sekarang tajuknya sudah diubah :)

Reply

CMRatu August 25, 2011 at 1:57 pm

tak pernah pi pun.. hehe.. nama ja orang Malaysia.. :p Entri terkini CMRatu: Aku Anak Malaysia Merdeka : Contest SEOMy Profile

Reply

lia lomi August 25, 2011 at 2:02 pm

tak pernah pegi juga..sangatlah mahal kalau nak makan..kihkihkih.. Entri terkini lia lomi: perasaan hati ingin menutup blog..My Profile

Reply

Adam Roslan August 25, 2011 at 5:02 pm

Aha. Tak payah nak pergi untuk makan pun. Pergi tengok pemandangan sudah :)

Reply

alia August 25, 2011 at 3:11 pm

agak mahal la..xprnh pegi jgk w’pun rakyat m’sia..huhu

Reply

afiq aiman August 25, 2011 at 9:20 pm

tak pernah try lagi. insha Allah ada masa nnt kena try jugak. menara kebanggaan kita sendiri kena la cuba sendiri kan hehe Entri terkini afiq aiman: Cabaran 6 Bulan BloggingMy Profile

Reply

zaharibb August 26, 2011 at 12:07 am

Tak ada diskaun untuk warga emas ke? Org tua pun nak juga tengok. hehehehe…..

Reply

Adam Roslan August 27, 2011 at 1:51 am

Diskaun untuk pemegang Mykad dan kanak kanak saja ada. Warga emas pun RM3 saja :)

Reply

Pojie August 26, 2011 at 12:14 am

Wah, thanks for the info..

aku teringin nak naik.. so now dah tahu caranya ;p Entri terkini Pojie: 10 Sebab Mengapa Adik Adik Perlu Memilih UiTMMy Profile

Reply

Pacifista - X August 26, 2011 at 12:18 am

huhu…tak termampu aku melihatnya… Entri terkini Pacifista – X: Jom Jadi Rakan Blogger PacifistaMy Profile

Reply

Adam Roslan August 27, 2011 at 1:53 am

Kenapa tak mampu pulak Cikgu?

Reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Previous post:

Next post: