
Beberapa hari lepas, KTM Duke 200 dilancarkan di India oleh Bajaj Auto dengan harga Rs 1.18 lakh (1 lakh bersamaan 100,000 Rupee atau Rs 1,18,000) seunit. Bagi peminat motorsikal jenis naked ini, sudah pasti menanti berapakah harga pasaran KTM Duke 200 di Malaysia. Jika ditukar secara terus melalui Yahoo Currency Converter kepada Ringgit Malaysia, harga KTM Duke 200 lebih kurang RM7,275.00 seunit.
Menurut laporan Berita Harian, KTM Duke 200 CKD (pemasangan tempatan) akan dijual pada harga sekitar RM15,000 hingga RM18,000 seunit menjelang awal tahun 2012. Namun sehingga hari ini, masih belum ada pengumuman rasmi daripada KTM Malaysia. Pelbagai spekulasi boleh dikeluarkan oleh peminat motorsikal KTM Duke 200 jenama Austria ini sementara menanti harga rasmi daripada pengeluar.
Harga atas jalan bagi Duke 690 ialah RM44,800 seunit dan RM48,915 bagi Duke 690R pemasangan tempatan dengan penjimatan 18.6 peratus atau RM10,272 dan 17.3 peratus atau RM10,262 daripada harga model diimport sepenuhnya (CBU) iaitu RM48,915 seunit bagi Duke 690 dan RM59,177 bagi Duke 690R.






{ 10 comments… read them below or add one }
Ni mesti kena cukai kan? Jadi harga mesti lagi tinggi dari India tu kot.
Entri terkini lunaticg: 100 dollars watermelon note for auction
Kalau RM7k, semua brader naik FZ 150 akan beralih ke KTM, CC pun lagi tinggi. Macam dilaporkan BHarian, harga boleh mencecah RM18,000.00!
peh, tak mampu aku nak beli..
Entri terkini titan: Iklan banyak, iklan sikit.
Orang kayo. Takkan tak mampu? Katakan saja tak hendak. :)
rm7k boleh la lagi
Entri terkini Juan: Latest Western Actor May Convert to Islam
sebenarnya semuan rega kenderaan adalah mampu milik. tp atas sifat tamak pimpinan n pemerintah, semua nak makankedarah kenakan cukai. mampos ra’ayat, mini cooper clubman brapa rega jer kat luar. +/- 100 k jer, kat m’sia???
Sengsaranya kita, dari kecik sampai ke besar terleleh tengok SBK.
Mini Cooper S Countryman dijual pada harga RM285,888.
kalau tak kena cukai, dapatlah harga RM 7,275.00, tapi cukai kat Malaysia tinggi, so, paling kurang murah pun Rm 14, 100.00 Ktm ni. aku dah tanya.
Dah tanya ka bro? Katanya di Cheras boleh book, RM18k. Pergh.
malaysia adalah negara yang mengenakan cukai antara yang tertinggi di dunia..selagi pemimpin yang kita pilih tak kurangkan belanja duit rakyat..sampai mati ler kita naik Ex-5 buruk