Author Archive
GMail telah memperkenalkan Priority Inbox (masih dalam peringkat percubaan), satu sistem penapisan e-mail ke dalam peti masuk (Inbox) yang mengasingkan e-mail mengikut kepentingan. E-mail yang masuk ke Inbox akan dibahagikan kepada 3 pecahan iaitu Priority Inbox, Starred dan Inbox.
E-mail yang dilabel sebagai Priority — secara automatik dikesan sebagai penting apabila anda kerap membaca atau membalas daripada alamat email tersebut akan diletakkan pada pecahan paling atas. Selepas membacanya, anda boleh melabel sebagai Starred jika anda perlu membacanya untuk kali kedua. Jika tidak, email tersebut akan dilepaskan ke Inbox.
Fungsi ini sedikit sebanyak dapat membantu ahli perniagaan atau sesiapa yang kerap berurusan dengan e-mail dengan cara mengurangkan masa memilih e-mail untuk dibaca berdasarkan kepada peringkat kepentingan. Untuk maklumat lanjut berkenaan fungsi baru ini, anda boleh melayari laman bantuan rasmi GMail Priority Inbox.
Apple Inc hari mengumumkan barisan produk generasi baru keluarga iPod dengan fungsi terhebat. iPod Touch yang didatangkan dengan FaceTime, Retina display, HD video recording dan Game Center akan dijual pada harga serendah RM829 untuk pasaran tempatan.
iPod Nano pula dengan fungsi Multi-Touch akan dijual pada harga RM549 dan iPod Shuffle generasi baru yang mempunyai butang dan fungsi VoiceOver dijual pada harga RM179.
Masuk hari ini, dah dekat dua bulan saya dan rakan-rakan tinggal di rumah burung Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam ini. Dan hari ini, ahli rumah secara besar-besaran menyambut kehadiran Internet di setiap laptop yang ada di dalam rumah. Masalah paling besar di sini ialah penerimaan gelombang talian telefon bimbit atau liputan telefon bimbit. Hal ini mengakibatkan talian telefon akan terputus sekiranya kami berada di dalam rumah. Oleh kerana Celcom Broadband juga berasaskan talian mobile ini, perkhidmatan mereka turut terjejas di sini.
Fakta daripada sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa kawasan Pusat Komersial ini telah dimiliki oleh Info Age Berhad sebagai pembekal Internet di kawasan ini dan TMNet Streamyx tidak dapat memasuki kawasan ini. Jadi, kami sebagai penduduk tidak ada pilihan lain selain menggunakan perkhidmatan mobile broadband atau melanggan perkhidmatan Internet yang disediakan oleh syarikat tersebut.
Kadar bagi perkhidmatan mereka boleh dirujuk di laman web rasmi mereka di www.infoage.com.my atau terus ke kaunter Info Age di Kompleks Bintang, Seksyen 7 Shah Alam. Saya pernah ke sana untuk bertanyakan plan yang sesuai dengan bajet kami. Untuk kelajuan 512kbps, saya perlu membayar RM50 sebulan sama seperti Celcom Broadband. Memandangkan kos pemasangan yang agak tinggi, kami mencuba pelbagai alternatif lain.
Memandangkan jarak setiap rumah adalah dekat, satu kelebihan tinggal di sini ialah anda akan hidup dalam lingkaran gelombang Internet. Di rumah ini sahaja, lebih 10 access point WIFI yang aktif. Jadi, jika anda inginkan Internet percuma seperti saya, teruskan pembacaan di sini. :)

Piranha atau Piranha 3D mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Saya diberi peluang menonton filem ini sehari lebih awal selepas mendapat pas media di Cathay Cineleisure Damansara, semalam. Sedikit pengenalan tentang filem ini daripada laman web The Movie Insider,
From acclaimed director Alexandre Aja (“The Hills Have Eyes”) comes the new action thriller “Piranha 3D”, in the latest eye-popping 3D technology. A new type of terror is about to be cut loose on beautiful Lake Victoria. After a sudden underwater tremor sets free scores of the prehistoric man-eating fish, an unlikely group of strangers must band together to stop themselves from becoming fish food for the area’s new razor-toothed residents. But our heroine (Elisabeth Shue) is seriously outnumbered, and with only one chance to save the lake and her family from totally being devoured, she must risk everything to destroy the aquatic carnivores herself.
Saya hampir dua kali terlihat trailer filem ini di pawagam sebelum ini. Pada pandangan pertama saya ialah ikan pirana dan perempuan di Tasik Victoria. Selepas 30 minit di dalam pawagam, tanggapan saya benar. Ceritanya berkisar tentang Tasik Victoria yang didiami oleh sejenis spesis ikan Piranha yang telah pupus 2 juta tahun dahulu selepas berlakunya rekahan di dasar tasik. Pada masa yang sama, tasik itu dihadiri oleh beribu-ribu pelajar yang sedang meraikan Spring Break mereka di sana.
Ada diselitkan unsur kekeluargaan dan kasih sayang dalam filem ini walaupun keseluruhannya hanya menayangkan babak ikan, gadis dan ikan makan orang. Ceritanya berulang ulang sehingga peleraian apabila sebuah keluarga terselamat daripada gangguan ikan pirana. Saya kagum dengan efek janaan komputer dan sangat hebat! Saya pasti penonton akan beberapa kali terkejut dengan aksi tiba tiba yang mengujakan. Jika anda mencari filem yang banyak aksi berdarah di dalam air, pelaburan anda pasti berbaloi :)
