Internet laju dengan TM Unifi 30 Mbps

Teruja. Itulah perasaannya bila kali pertama pasang Unifi 30Mbps di rumah. Itu belum lagi promosi free upgrade 50 Mbps untuk semua pelanggan Unifi yang mendaftar sebelum Mac 2017.

Dengan internet laju ni, dapatlah siapkan kerja online dengan lebih cepat. Tak macam sebelum ni, dengan Streamyx 4 Mbps memang sangat kena sabar.

Dengan 30 Mbps ni dapat juga stream movie laju laju dengan apps Kodi. Hehehe. Contact ejen Unifi 013 425 7121 kalau kalau nak servis laju macam ni. Terima kasih bro!

Promosi Kuantan River Cruise sempena Tahun Melawat Pahang 2017

Sempena Tahun Melawat Pahang 2017, Kuantan River Cruise di Jeti Shahbandar menawarkan promosi hebat kepada pengunjung.

Untuk mendapatkan harga hebat ini, sila tempah bot anda dengan menghubungi En Zainal di talian +6011-10663202 atau +6019-7431988 sekarang.

Perbezaan Harga dan Kelajuan Unifi, Time & Maxis

Saya suka-suka survey pakej fibre broadband di Malaysia. Calon utama ialah TM Unifi, yang menang dari segi kawasan liputan. Keduanya Time Fibre Broadband yang terkenal dengan kelajuan hingga 300 Mbps dan Maxis yang boleh digabungkan dengan Astro.

Soyacincau membandingkan ketiga-tiga penyedia Internet tersebut dalam jadual di bawah.

 

Time Broadband menawarkan 100 Mbps pada harga serendah RM149 (sama macam pakej Streamyx sekarang) tapi kawasan liputan sangat terhad. Unifi pula mendominasi kawasan liputan dan menawarkan harga yang tinggi untuk 30 Mbps iaitu RM199.

Saya cuba untuk survey Celcom Broadband yang masuk ke jadual dengan menawarkan 10 Mbps pada harga RM145. Nampaknya kena pindah ke kondo yang support Time Broadband kalau nak laju dan jimat.

Beli Theme dan Plugins WordPress di Themeforest

Mencari theme yang cantik dan lawa untuk blog atau website anda? Themeforest sudah terkenal sebagai marketplace yang menjual 1001 theme untuk kegunaan persendirian atau laman web perniagaan.

Saya sejak dulu menjadikan platform ini sebagai tempat mencari idea. Marketplace ini telah mendahului otai-otait WordPress theme seperti Woocommerce dan lain lain.

Dengan hanya beli theme, laman web anda sudah siap. Mudah bukan? Jom revamp blog anda dengan theme terkini di Themeforest.

Projek Upgrade SSD Macbook White


Pergh, dekat 2 bulan tak ada update apa apa, harapkan organik trafik yang mencari maklumat daripada arkib. 

Dah lama Macbook White ni perlukan upgrade. Mulanya bercadang nak tambah RAM 3GB ke 8GB, supaya bergerak lagi lancar dan laju. Lepastu ada nampak kawan share di FB pasal upgrade HD ke SSD juga dapat melajukan Macbook. 

Plan nak pakai Sandisk X300 256GB tapi harga boleh tahan mahal, RM370 di Jayacom. Ada kedai quote RM750. Pelik juga. 

Akhirnya beli Kingston V300 240GB pada harga RM270, V480 dijual pada harga RM555 tapi fikir balik macam tak berbaloi. Lepas angkat, format sendiri masuk Mac Journaled dan install Yosemite. Sekarang tengah proses ke El Capitan. 

Tunggu tutorial kalau ada kesempatan. 

Pakej Cuti Murah di Selamat Bercuti

  
Nama pun sempoi, selamatbercuti.com. Lepastu tengok pulak pakejnya semua mengujakan. Mungkin aku jarang compare pakej percutian, sebab baru sekali ke overseas. Lepasni nak rajin rajin follow Selamat Bercuti mana tau dapat pakej terbaik untuk pakej murah ke Euro

Website nampak kemas dan dibahagikan ikut kawasan. Jadi kalau nak ke Europe, senang nak pilih pakej yang Selamat Bercuti offer. Macam sekarang tengah nak sambar pakej 9 Hari 8 Malam ke Europe Spring Trip: LONDON – AMSTERDAM – BRUSSELS – PARIS. 

Tanam angan angan dulu lepasni ada modal boleh sambar. Amin.