Category Archive: Webbie

Kempen Twitter Merdeka 2009

Mohd Ismail melalui laman blognya di www.mohdismail.net telah melancarkan Kempen Twitter Merdeka 2009. Tujuan penganjuran kempen ini adalah untuk menjadikan kata kunci ‘Merdeka’ sebagai satu perkataan yang popular di Twitter sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia, Ogos 2009 nanti. Sila baca petikan Mohd Ismail yang berikut;

Idea aku begini, pada sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 tahun ini, kita semua pengguna Twitter di’Malaysia laungkan Merdeka! dengan matlamat menjadikan perkataan ‘merdeka’ menjadi topik terhangat sekurang-kurangnya 24 jam.

Maka, sepanjang hari pada 31 Ogos 2009, pengguna Twitter di’seluruh dunia akan dapat melihat satu perkataan Melayu yang sangat bermakna menjadi bualan hangat.

Dengan tujuan itu, Sejuk melalui laman blognya di sejuk.viere.net.my telah memulakan kempen dengan mencipta badge kempen ini. Bagi yang berminat untuk meletakkan badge ini di laman web anda, anda boleh memuat-turun pek Badge Kempen Twitter Merdeka 2009 oleh Sejuk di sini atau melalui posting rasmi beliau di sini. Terima kasih kepada Sejuk untuk badge yang cool ini!

Click here to read more »

Adam: Blog dan Ceritera

Salam. Terasa nak berkongsi cerita tentang satu perkara. Ceritanya pasal sejarah Adam dalam blogging ni. Tadi, sebelum tertulisnya catatan ini Adam terjenguk ke HappyCake.org milik Saudara Khalil. Masih berdiri teguh blognya dengan design yang cool hasil rekaan seorang bakal arkitek.

Sebenarnya Adam sudah mula berblogging secara rasmi sejak 17 April 2003. Boleh rujuk sini untuk archive di Pitas.com, blog hoster pertama Adam. Kalau benar begitu, tanggal pada tarikh 17 April 2009 menjadikan Adam sudah 6 tahun berblogging di Internet. Tempoh itu bukanlah persoalannya, tetapi cukup sekadar untuk catatan peribadi. ;-) Adam ingat, masa di tingkatan dua dengan AdamSite kemudian xter.tk dan kini barulah Adam’s Playground. Kini, Adam’s Playground sudahpun mempunyai domain sendiri di www.adamroslan.com.

Click here to read more »

Servis Peel Away Ads Design dan Setup

Pengiklanan memerlukan satu kaedah yang berbeza daripada yang lain. Kebiasaannya di Internet kita sering terdedah dengan iklan teks, iklan bergambar dan iklan interaktif. Oleh kerana iklan ini terlalu dominan dengan kita, ramai yang mula mencari kaedah baru untuk mengiklan bagi menarik minat pengguna.

Click here to read more »

PangkorNet New Looks!

Pangkor Net

Salam. Semalaman aku meluangkan masa untuk menggodek layout laman web informasi Pangkor.net untuk interface yang lebih kemas dan menarik. Laman Pangkor.net dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada para pelancong untuk meneroka keindahan Pulau Pangkor secara maya sebelum anda berkunjung ke sini. Pangkor.net bertindak sebagai perantara untuk anda mengetahui serba sedikit tentang pulau yang bersejarah ini. Pangkor.net berikan anda kemudahan untuk memilih Chalet dan Resort yang sesuai untuk ditempah dengan pakej-pakej menarik! Klik WWW.PANGKOR.NET.

Selain menukar layout Pangkor.net, aku juga mengkaji theme baru yang dipakai di Adam’s Playground ni untuk memenuhi kehendak hati seperti mengubah CSS img-nya yang agak tidak senta. Insya-Allah, aku akan postkan REVIEW CUTI SEMESTER yang sememangnya gempak dan akan menjadi kenangan sepanjang hayat :)

Amer’s Network

amernetwork.jpg

Saudara Amer telah memulakan Ameralainaa’s Network sebagai sebagai sebuah blog peribadi yang akan memuatkan banyak kisah menarik kehidupan seorang remaja dalam mencari erti sebenar kehidupan.

Blog yang ditaja oleh saudara Viere ini telah menambah satu lagi rangkaian Viere’s Network yang sebelum ini telah banyak menawarkan hosting percuma untuk blogger. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saudara Viere di laman web beliau.