Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

by Adam Roslan on June 22, 2010 · 79 comments

Yayasan Bank Rakyat mempelawa anak-anak anggota Bank Rakyat yang berkelayakan untuk memohon biasiswa/pinjaman pendidikan boleh ubah(PPBU) bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta dan Institut Latihan Awam/Swasta di dalam negeri. Jumlah tajaan bagi biasiswa bergantung kepada peringkat pengajian seperti berikut:

  • Ph. D: Maksimum RM14,000 setahun
  • Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun
  • Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun
  • Profesional: Maksimum RM9,500 setahun

SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON
Melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) di dalam negeri secara sepenuh masa.

1. Syarat dan kelayakan akademik

  • a. Peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D)
    Perlu berkelulusan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Universiti berkenaan.
  • b. Peringkat Ijazah SarjanaSekurang-kurangnya berkelulusan:
    Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi.
  • c. Peringkat Ijazah Sarjana Muda
    Sekurang-kurangnya berkelulusan:
    Matrikulasi dengan CGPA 3.0 ke atas atau
    Sijil Tinggi Pelajaran (STPM) dengan 4A atau
    Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan kelulusan yang setara dengan STPM atau
    Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas
  • d. Peringkat Program Profesional
    Sekurang-kurangnya berkelulusan:
    Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 ke atas atau
    Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas atau
    Lulus di peringkat 1 program profesional berkenaan dengan kelulusan setaraf dengan CGPA 3.0.

2. Bidang pengajian

  • a. Ijazah Kedoktoran (Ph.D), Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang pengajian (diiktiraf oleh MQA).
  • b. Program Profesional meliputi ACCA, CPA, CFP, CIMA, ICSA, MICPA dan program-program lain seumpamanya yang diiktiraf oleh industri.

3. Syarat am

  • a. Umur tidak kurang dari 18 tahun semasa membuat permohonan biasiswa dan tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian (40 tahun bagi Ph.D sahaja).
  • b. Pelajar tahun pertama pengajian.
  • c. Seorang penjamin.

BORANG DAN TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan ialah 31 Julai 2010 dan klik sini untuk mengisi borang online.

Click here!

{ 79 comments… read them below or add one }

ezween July 6, 2010 at 11:09 am

salam…
saya ingin menanyakan sekiranya saya baru sahaja mendapat tawaran melanjutkan pelajaran Sarjana Muda UITM dan akan mendaftar dalam masa terdekat, bolehkah saya terus memohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat ini? walaupun pembelajaran (lecture) saya belum bermula lagi. Adakah saya harus mendaftar dan memulakan semester 1 dahulu, dan kemudian baru saya layak untuk memohon?
saya harap pertanyaan saya ini mendapat maklum balas.
terima kasih.

Reply

Adam Roslan July 6, 2010 at 10:50 pm

Anda boleh terus memohon melalui laman web seperti di atas. :)

Reply

wanie November 10, 2010 at 11:40 am

salam..mcm mne saya nak jawab kuiz tu..??bleh saya tau ape laman web ye..

Reply

Adam Roslan July 10, 2010 at 2:35 am

Jawapannya BOLEH.

Reply

saqdan July 13, 2010 at 1:18 pm

salam…..there is an interview for this scholarship?

Reply

Adam Roslan July 14, 2010 at 3:02 am

Salam.

Saya sarankan anda untuk baca FAQ sebelum memohon. Apa yang saya faham, tidak ada interview untuk melayakkan anda mendapat biasiswa ini.

Reply

aisyah October 28, 2010 at 11:41 am

hm.ade interview en adam roslan.

Reply

fiza July 13, 2010 at 1:52 pm

bila boleh tahu keputusan permohonan biasiswa bank rakyat?

Reply

Adam Roslan July 14, 2010 at 3:03 am

Hi.
Keputusan Biasiswa Bank Rakyat akan diumumkan dua bulan selepas tarikh tutup permohonan.

Reply

abc August 3, 2010 at 6:41 pm

bile permohonan seterusnya dibuka? next year? n bile tarikh tutup?

Reply

frankie August 10, 2010 at 1:31 pm

jiak sekiranay pemohon bukan anggota bank rakyat, adakah kita boleh memohon..maksse

Reply

Adam Roslan September 2, 2010 at 8:41 am

Tidak layak memohon sebab syarat kelayakan ialah ada saham dalam Bank Rakyat :)

Reply

man August 26, 2010 at 4:28 pm

betul ke selepas 2 bulan. baru result diketahui?
sumber mane erk?

Reply

Adam Roslan September 2, 2010 at 8:42 am

Sumber dari FAQ Yayasan Bank Rakyat

Reply

zainal August 30, 2010 at 3:05 pm

salam sye ingin bertnye biaisiswa yayasan bank rakyat nie perlu ada temuduga x?

Reply

Zainal August 30, 2010 at 3:09 pm

salam.klu pelajar taun kedua bole memohon kew untuk biasiswa ini?

Reply

Adam Roslan September 2, 2010 at 8:43 am

Saudara boleh terus baca FAQ di http://yayasanbankrakyat.com.my/sub.php?id=faq Terima kasih.

Reply

hana September 2, 2010 at 1:12 pm

saya adalah pelajar USM dan ingin memohon biasiswa bank rakyat..saya baru sahaja sedar tentang biasiswa yang ditawarkan oleh bank ini..adakah saya masih berpeluang untuk memohon biasiswa ini??…

Reply

Adam Roslan September 2, 2010 at 8:30 pm

Permohonan di laman web Yayasan Bank Rakyat sudah ditutup. Sila tunggu permohonan baru dibuka.

Saya dapat berita bahawa permohonan melebihi 8000 dan hanya 150 permohonan akan dipertimbangkan. Susah nampak gaya.

Reply

FiFi September 7, 2010 at 9:50 pm

Hanya 150 daripada 8000 yang memohon.
Wah…susah nmpaknya.
Saya juga ada memohon.harap2 dapat lah.
Kena tnggu lagi sebulan…huhu

Reply

Adam Roslan September 7, 2010 at 10:47 pm

Ya, itu berita terbaru daripada pihak YBR. Saya pun tak letak harapan tinggi bila dengar perkara ini. Tapi macam berharap aje :)

Reply

lily October 5, 2010 at 12:59 pm

keputusan dah keluar ke??

Reply

lily October 5, 2010 at 1:01 pm

keputusan dah keluar ke?? ada interview tak?? tq

Reply

FiFi October 12, 2010 at 9:03 pm

Cane eh….ade papew brite?
raseny dh dekat2 2 bulan dah nieh….hurm….

Reply

Adam Roslan October 13, 2010 at 1:44 pm

Difahamakan bahawa keputusan permohonan akan diketahui setahun selepas permohonan. Menurut talian bantuan, mereka akan umumkan pada Jun atau Julai 2011. Sekiranya anda layak, anda akan dimaklumkan. Harap maklum.

Reply

FiFi October 13, 2010 at 7:50 pm

Wah! lame lagi tu….huhu
btw, thanks….

Reply

Adam Roslan October 14, 2010 at 12:13 am

Nampak gayanya. Sama-sama.

Reply

MUNa October 22, 2010 at 2:21 am

salam…
if tempoh kte blaja tu sthun je,then result permohonan dpt tau next year lak…
so mcmane 2?
YBR akn kasik jugak ke?

Reply

Adam Roslan October 24, 2010 at 3:09 am

Keputusan akan diketahui setahun selepas permohonan. Termasuk jugak kot dalam situasi ni.

Reply

yuhu October 25, 2010 at 11:04 pm

klu ikot dri pngalamn sy, kptusn ybr sy dpt lpas 6 bln.
utk first batch, diorg x kesah pon thun pertama ke x.
and yg pasti, utk biasswa ada temuduga…

Reply

Adam Roslan October 27, 2010 at 12:32 am

Terima kasih atas makluman. Saya sudah telefon untuk pengesahan, pegawai di sana memberitahu bahawa selepas 12 bulan keputusan akan diumumkan. Mungkin lebih awal.

Reply

fara November 3, 2010 at 12:41 am

salam,
soalan dalam ujian on9 YBR macam mane yer?kamu sudah jawab kew?

Reply

Adam Roslan November 3, 2010 at 4:16 pm

Belum lagi. Dah ada yang dah jawab ke?

Reply

Hanif Omar November 8, 2010 at 3:19 pm

salam adam.. saya tidak mendapat sebarang email pn dari YBR. adakah saudara juga begitu? atau pun mereka terlepas pandang.. saya dah semak senarai pendek itu dan nama saya ada namun utk ke kuiz itu bagaimana ye? trima kasih adam

Reply

Adam Roslan November 8, 2010 at 3:49 pm

Anda akan terima email dan SMS. Sila check inbox/junk mail anda sebab takut takut email tu didetect sebagai spam. Email tu penting sebab ada login ID dan password untuk ujian nanti. Saya baru terima SMS tadi untuk minta jawab online.

Reply

Hanif Omar November 9, 2010 at 10:22 am

dah check dam.. tp tiada.. tengs adam

Reply

na'iemah November 11, 2010 at 11:36 pm

saya pun xdapat

Reply

aeisyah November 9, 2010 at 5:08 pm

kamu..bank rakyat.saya xdapat email la…tolong send kn lagi sekali…

Reply

Hisyam November 9, 2010 at 8:44 pm

salam adam,
saya ada buat permohonan,tapi kenapa result yang keluar tu adalah “tiada permohonan dibuat”?adakah sebab saya tidak ada saham dalam bank rakyat?

Reply

majdan November 9, 2010 at 10:18 pm

salam..mcm mana nak jwb soalan biasiswa dan di mana…saya xdpat mencari soalan tu…

Reply

Adam Roslan November 12, 2010 at 12:48 am

Bank Rakyat ada tinggalkan notis ni. Sila baca:

Status Permohonan Pemohon Biasiswa/PPBU Tahun 2010

Kepada pemohon biasiswa/PPBU YBR tahun 2010, sila semak email saudara/saudari untuk mengetahui status permohonan sama ada BERJAYA DISENARAI PENDEK atau TIDAK BERJAYA. Sila semak email masuk dari YBR sama ada di inbox, junk dan juga spam folder. Semakan melalui laman web YBR dengan memasukkan kad pengenalan saudara/saudari boleh dibuat mulai 28 Oktober 2010. Pemohon yang berjaya DIGALAKKAN menggunakan “land line internet connection” seperti (TM Streamyx atau Unifii) sewaktu menjawab kuiz saringan bagi mengelakkan internet breakdown sewaktu menjawab kuiz kerana kuiz ini hanya boleh dijawab SEKALI SAHAJA.

Reply

na'iemah November 12, 2010 at 12:52 am

saya dah check tp xda.

Reply

Adam Roslan November 12, 2010 at 10:51 am

Kalau macamtu better check dengan orang BR. Harini dah 12. 3 Hari lagi sebelum peperiksaan tutup.

Reply

siti November 12, 2010 at 5:14 pm

mcm mane masalah sy ni..
bru jwb 2 soalan pastu internt down..
tgu loading lme sgt sy pn tekan refrsh..
pastu masuk skali lg die tulis anda da menduduki kuiz ini…

mcm mane ni??

Reply

nizar November 20, 2010 at 5:51 pm

salam.. untuk makluman saudari, ia hanyya boleh dijawab sekali sahaja..
pihak ybr tdk bertanggungjawab diatas masalah talian internet

siti November 12, 2010 at 5:12 pm

sy ad masalah…internet down sgt pastu website die hang je x gerak2… bile refresh die kte anda da duduki kuiz ini..
mane ad mcm ni..
kalo internt da down pastu die bagi mse 40 minit nak jwb..nak tgu loading lagi da mkn mse..

sy xtaw ap kesudahannya skang ni..
ad ke org lain mengalami masalah yang same?

Reply

Adam Roslan November 12, 2010 at 10:59 pm

Saya pun jadi macamni, tapi nasib la internet ada balik dan masa terus berjalan. Cuba call orang BR.

Reply

yana November 13, 2010 at 12:42 pm

nak tnye….
sungguhpun sy xdpt (sedey),
tp nak tau gak
soalan nye bagaimana ye?
susah ke senang?
nk hint ckt…hehe

Reply

iefa November 13, 2010 at 10:32 pm

hyp..i get dis scholarship..i want 2 answer but i cant open the link..why?so sad…due date almost close…

Reply

Adam Roslan November 14, 2010 at 4:33 pm

Cuba akses di luar waktu puncak seperti selepas 12 malam. :)

Reply

nizar November 20, 2010 at 5:53 pm

dah buka semula bermula 20november2010

Reply

madhi November 13, 2010 at 10:37 pm

en adam…sy ada dpt msg yg sy ade dlm shortlist..but,sy baru je dpt emel…just wanna to know,macam mana nak jwb soalan tu?? sy x dapat bkk FAQ,so x berani lagi nak jwb soalan…ade ape2 cara laen x b4 due date nanti?? help me a.s.a.p

*important 4 me to get this scholarship as i need a lot of money for my study…

Reply

Adam Roslan November 14, 2010 at 4:33 pm

Tips: Ada 40 soalan, jawab dalam masa 40 minit. Lepastu ada soalan Kreatif.

Reply

alif November 13, 2010 at 11:43 pm

kenapa website bank rakyat xleh masuk ek?
tgl 2 hari ni..ada sape2 leh komen

Reply

alif November 13, 2010 at 11:45 pm

kenapa website bank rakyat xleh bukak??
bengang tol..
tgl 2 hari ni

Reply

Adam Roslan November 14, 2010 at 4:32 pm

Cuba akses di luar waktu puncak seperti selepas 12 malam. InsyaAllah.

Reply

alif November 14, 2010 at 8:18 am

slm, kenapa saya xdpt nk mengakses lmn web bank rakyat.link nye pon xdpt masuk. keadaan ini mnyebabkan saya masih xdpat menjawab soalan ujian saringan tersebut.
sesiapa yang boleh membantu?
plz give feedback a.s.a.p…
tq

Reply

Adam Roslan November 14, 2010 at 4:31 pm

Cuba akses di luar waktu puncak seperti selepas 12 malam.

Reply

Kaybee November 14, 2010 at 8:38 am

Saya ingin bertanya, saya ada memohon untuk bank rakyat dan berjaya untuk menduduki ujian. Namun saya ragu-ragu kerana saya takut biasiswa yang saya apply sebenarnya adalah pinjaman boleh ubah, iaitu biasiswa berdasarkan pointer. Jika pointer kurang daripada yang diingini dengan automatiknya biasiswa tersebut jatuh sebagai pinjaman. Saya risau kerana faedah pinjaman pendidikan bagi yayasan bank adalah tinggi berbanding dengan pinjaman yayasan lain. p/s:mohon dibalas dengan segera. Mekasih

Reply

nizar November 20, 2010 at 5:59 pm

salam saudara, PPBU tak mengenakan apa2 bunga seperti pinjaman lain..
sekiranya keputusan cemerlang, pengurangan akn diberikan bergantung kpd pointer/cgpa saudara

Reply

afiez November 14, 2010 at 8:35 pm

geram..question dye lmbt sgt nak kluar…td nk ke soalan len pon amek 1 mnit..x smpt jwb soalan..spe yg jwb dgn btl shja ke leh dpt scholarshp nie??

Reply

Siti Aasah Zulkiflee November 15, 2010 at 3:12 pm

npe sy x dpt ape2 email utk dptkn password nk jwb soalan?

Reply

Siti Aasah Zulkiflee November 15, 2010 at 3:16 pm

npe x dpt email pn….wawawa

Reply

mia November 15, 2010 at 8:46 pm

sy x dapat pun email tu, sms je dpt….=(

Reply

fiq November 22, 2010 at 10:15 pm

klu sye de akaun bnk rkyat. dkre anggota bnk rkyat x???…klu thun ni x dpt bley pohon lg x thun dpn??

Reply

iqa December 10, 2010 at 10:03 pm

salam.. bila boleh tau keputusan biasiswa YBR?

Reply

Adam Roslan December 11, 2010 at 1:52 am

Saya sudah update di posting terkini. Sila ikuti blog saya untuk perkembangan :)

Reply

manusia biasa February 9, 2011 at 8:48 am

slm,ble plk permohonan biasiswa YBR ni dibuka tuk thn 2011 ni?

Reply

dahsenja June 2, 2011 at 12:49 pm

Assalamualaikum Tuan Adam Roslan!
Saya nak tanya bagaimana caranya untuk mohon biasiswa Bank Rakyat ni. Boleh mohon secara manual atau melalui internet?

Reply

alif October 17, 2011 at 4:19 pm

ape contoh2 soalan yg dtanya???

Reply

sitie October 29, 2011 at 2:40 pm

saya da pn jawab soalan td kt bhgian pertama..tp smpat jwb 30soklan je,intrnet da down..ble bkak lg skli,die ckp sy da jwb soklan ujian…tp,soklan kn ad dua bhgian..stu ag bhgian kedua ad 20 soklan yg kne jwb dlm msa 2mnit tu..cne nk bkak?ke klau da jwb soklan bhgian prtma,consider da trbukak ujian bhgian kedua??pstu,nk tny,andai kata sy xbrjaya dpt kali ni,blh ke sy apply lg skli taun dpn??plis give ur opinion…

Reply

salwa abu bakar November 2, 2011 at 7:09 pm

salam…alhamdulillah nama saya ada dalam senarai pendek …saya ingin tahu saya dahpun jawab semua soalan tersebut….saya ingin tahu keputusan soalan yang saya jawab…berjaya atau tidak……bila boleh dapat tahu ya?

Reply

asyraf salleh November 16, 2011 at 1:43 pm

salam, saya nak tany, bila lagi ye akan dibuka tawaran biasiswa yayasan bank rakyat ni?
terima kasih..

Reply

azlin February 28, 2012 at 5:06 pm

Salam…
sy student dalam sarjana Geografi Information System dari UiTm…
soalan sy, adakah sy layak untuk memohon biasiswa dari yayasan bank rakyat??
dah sekiranya sy layak memohon…adakah sy masih dibenarkan memohon biasiswa bank rakyat kerana masa pendaftaran yang hampir…

Harap mendapat perhatian dari pihak tuan/puan
wassalam…

Reply

zamzura March 14, 2012 at 10:14 pm

salam.. nk tya, bile g twrn biasiswa bank rakyat bg thun 2012 nak dibuka??? adik sy baru je dpat smbg blajar dlm bidang ijazah sarjana muda pengurusan muamalat… hrp en leh reply email sy secepat mgkin.. tq

Reply

mar April 7, 2012 at 8:16 am

Saya sedang belajar di peringkat PhD.. umur saya telah melebihi 40 tahun, Saya ingin membuat pinjaman pelajaran hanya utk 1 tahun sahaja, memandangkan pengajian saya akan tamat dalam masa 1 tahun jea lagi. Pinjaman ini bertujuan untuk digunakan bagi proses mendapatkan data yang melibatkan survey, temuduga dan bengkel yang memerlukan kos yang agak tinggi. Walaupun saya mempunyai gaji setiap bulan tapi tidak dpat menampung kos tersebut. Adakah saya layak untuk mohon pinjaman boleh ubah yang disediakan oleh pihak tuan

Reply

yana July 26, 2012 at 1:07 am

salam.. sy da daftar akaun portal..tp masih tidak mendapat emal dr yayasan..
sy try lg skali,,mengatakan sy sdh mendaftar,,ttp masih tiada emal diterime..di spam juga tiada.. bagaimana ini?

Reply

imazara October 3, 2012 at 9:28 pm

Salam saudara,

Saya berjaya peringkat pertama untuk menduduki ujian YBR. Bolehkah kiranya saudara memberi sedikit gambaran tentang 5 bahagian soalan yang akan diajukan. Terutama bahagian Bahasa Inggeris serta soalan kreatif. Untuk Bahasa Inggeris, grammar atau bukan? Terima kasih. Saya amat menghargai kerjasama saudara.
Entri terkini imazara: As promised.My Profile

Reply

Wani January 5, 2013 at 7:16 pm

Macam mana nak taw pointer tuk jadi biasiswa 2 brape..

Reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Previous post:

Next post: