Celcom Perkenal School of X

by Adam Roslan on May 21, 2009 · 7 comments

Baru-baru ini Celcom Malaysia telah memperkenalkan plan prabayar terbaru mereka — School of X (atau SOX) bagi menyaingi pesaing terdekat mereka Maxis Telecommunication yang memperkenalkan Hotlink Youth Club (HYC). School of X ini merupakan plan prabayar yang pertama di Malaysia yang menjadikan pelajar berumur 12 hingga 18 sebagai sasaran produk ini.

Pelanggan SOX ditawarkan kadar panggilan 10 sen per minit dan 0.5 sen per SMS kepada lapan nombor pilihan mereka melalui fungsi ‘8PAX’ dan kadar 1 sen per SMS kepada semua pelanggan Celcom dan 6 sen per SMS ke rangkaian lain. Bagi panggilan ke nombor Celcom, mereka akan dikenakan cas 15 sen per minit.

Panggilan video pula dicas pada kadar 15 sen per minit dalam rangkaian Celcom dan 30 sen untuk panggilan ke nombor di luar rangkaian Celcom. Khidmat Pesanan Multimedia atau MMS pula dicas pada kadar 20 sen per MMS.

Pek permulaan School of X ini dijual pada harga RM10 dan mereka yang menambah nilai semasa pembelian akan dihadiahkan RM10 semasa pengaktifan.

Pelan ini dijangka akan menjadi pesaing terdekat kepada Maxis Youth Club dengan tawaran kadar panggilan yang lebih murah. Tapi perlu diingat, hanya mereka yang berumur 12 hingga 18 tahun sahaja dibenarkan mendaftar. Kepada golongan remaja, mereka masih boleh membeli Plan University of X yang menawarkan kadar harga 10 sen per minit yang lebih menjimatkan daripada pelan Hotlink Youth Club.

Click here!

{ 7 comments… read them below or add one }

de May 21, 2009 at 10:40 pm

aiyoh..
they r really fighting to win us aren’t they?

Reply

Adam May 21, 2009 at 10:44 pm

they r really fighting to win us aren’t they?

Depa pun tau kanak-kanak la ni dilengkapi dengan kemudahan telefon oleh ibubapa mereka. Jadi mereka mengambil kesempatan yang ada. Zaman kita dulu susah nak jumpa remaja 12 tahun bawak telefon ke sekolah.

Apa-apa pun kita sebagai pengguna tetap untung dengan persaingan ini. ;)

Reply

beliamuda May 22, 2009 at 12:50 pm

eh, bukan ke SOX dah lama ke.. before Hotlink Youth lagi.. rasanya Hotlink Youth tu lebih kepada nak counter UOX…

neway, dua2 aku pakai.. UOX n Hotlink Youth Club..

Reply

Nadilah Hisham May 22, 2009 at 4:04 pm

hoho. rasa SOX ni da lama. suda di pakai pon :)) but hotlink xpkai yg HYC. xtaw cmne nk tuka. lalala. tmpang nyebok

Reply

Adam May 23, 2009 at 1:10 am

beliamuda: eh, bukan ke SOX dah lama ke.. before Hotlink Youth lagi.. rasanya Hotlink Youth tu lebih kepada nak counter UOX…neway, dua2 aku pakai.. UOX n Hotlink Youth Club..

Betul, tapi kurang promosi kot. Atau promosi besar-besaran baru dilancarkan. Kita sebagai pengguna juga yang untung ;)

Reply

Adam May 23, 2009 at 1:11 am

Nadilah Hisham: hoho. rasa SOX ni da lama. suda di pakai pon :)) but hotlink xpkai yg HYC. xtaw cmne nk tuka. lalala. tmpang nyebok

Satu kelemahan HYC ialah dia caj mengikut blok 60 saat. Betulkan saya kalau silap. Berbanding Celcom yang caj pada blok 30 saat.

Jadi, selepas dikira dengan formula matematik mudah — Celcom adalah menguntungkan.

Reply

muchie muchie October 26, 2010 at 4:18 pm

aku lebih ske pkai SOX dpd HYC .

SOX lme , tak silap 9 thaun . HYC pulak 4 jerr.. lgipun maxis ske hntr msg merepek la .. klu shari tu ble dpt 4-5-6 mcg promosi dia..

Reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Previous post:

Next post: