Jimat SMS dengan Hotlink Hot Tiket Talk & Text

hotlink-hottiket

Jimat SMS dengan Hotlink Hot Tiket Talk & Text

Hotlink mengumumkan kadar 1 sen per SMS dan 10 sen seminit ke semua rangkaian dengan Hotlink Tiket Talk & Text melalui kiriman SMS pada awal pagi tadi.

Selang dua jam kemudian, satu lagi SMS diterima; 5 SMS pertama setiap hari (Maxis ke Maxis) akan di caj pada 2 sen per SMS bermula pada 8 Jun 2011 untuk semua pengguna Hotlink Youth Club. Walaubagaimanapun, SMS selanjutnya hanya di caj pada 1 sen per SMS untuk Maxis ke Maxis.

Jimat SMS dengan Hotlink Hot Tiket Talk & Text

Sehingga artikel ini ditulis, laman web rasmi Hotlink Hot Tiket masih memaparkan pakej lama bagi Hot Tiket Talk and Text. Jika 100 SMS x 0.01 sen ialah RM 1.00, kenapa harga masih RM8? Apa pun nantikan update terkini di laman web ini untuk kepastian.

Kalau benar Hotlink mengenakan cas 1 SMS pada RM0.01, ini adalah berita baik kerana sebelum ini Hotlink Hot Tiket memberi jumlah SMS kepada penggunanya. Jika dihitung, pengguna Hotlink Youth Club rugi besar kerana setiap SMS yang dihantar akan dicas RM0.10 berbanding RM0.01 dengan Hotlink Youth Club.

P/S: Dah ada kawan-kawan yang beli Hot Tiket Talk and Text? Betul ke RM0.01? Hebat!

Other articles you might like;

1 thought on “Jimat SMS dengan Hotlink Hot Tiket Talk & Text”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Papar entri terkini dengan Commentluv <3