(Tutorial DSLR) Teknik Fotografi

by Adam Roslan on August 22, 2008

Adam luangkan sedikit masa Adam untuk membuat tutorial tentang sedikit teknik fotografi yang perlu dikuasai untuk kursus Photography Communication. Sila ambil perhatian bahawa Adam bukanlah seorang yang pakar dalam bidang fotografi dan masih merangkak mencari ilmu. Jadi, sebarang kesilapan daripada segi konsep atau teknikal harap dimaafkan dan teguran amatlah dialu-alukan.

1. Limited Depth of Field

Contoh?

Limited Depth of Field

Aperture: F/3.5, Shutter: 1/500

2. Extended Depth of Field

Contoh?

Extended Depth of Field

Aperture: F/22, Shutter: 1/12

3. Panning

1. Fokus objek yang sedang bergerak dari jauh. 2. Tekan separuh butang shutter dan ikut objek itu bergerak ke titik tengah. 3. Apabila objek sampai ke titik tengah, tekan shutter dan lajakkan kamera untuk hasil yang ekstrem. Contoh?

Shutter: 1/80

4. Slow Shutter Speed

Bagaimana? Gunakan nilai shutter yang kecil seperti 30″ kerana anda perlu untuk ‘menangkap cahaya’ lebih lama.

Slow Shutter

Shutter: 30 secs, Apperture: F28

5. Fast Shutter Speed

Bagaimana? Gunakan nilai shutter yang tinggi seperti 1/1000. Objek yang bergerak seperti orang melompat akan menjadi pegun di udara.

Fast Shutter Speed

Contoh?

Potrait

7. Landscape
Apa? Abadikan pemandangan menarik sekitar anda dalam bentuk gambar.
Bagaimana? Gunakan nilai shutter seperti 1/15 sudah memadai dan nilai aperture mestilah diubah sehingga mendapat nilai seimbang di meter.
Contoh?

Landscape

{ 22 comments… read them below or add one }

Wan August 23, 2008 at 12:18 am

Panning adalah teknik yang paling susah nak buat, plus, it takes lot of your time to do it..

My fav would be slow shutter speed…

Reply

farisazmi October 10, 2009 at 2:33 am

Adam, what about bokeh… tlg bg idea skit mcm mana nk hasilkan pic bokeh yg menarik… .-= farisazmiĀ“s last blog ..HATE HER~~!! =-.

Reply

saya December 4, 2009 at 11:09 pm

can i know u guna kamera ape? what about cam digital yg bese2?leh x??

Reply

Adam December 5, 2009 at 1:25 am

Canon 450D, kamera DSLR. Untuk kamera digital biasa, selalunya tiada fungsi kawalan untuk tetapan aperture dan shutter speed. Jika ada, boleh dengan menggunakan tetapan di atas.

Reply

jai December 15, 2009 at 2:11 pm

boleh tunjukkan setting yang sesuai untuk wedding photo indoor,outdoor?

Reply

Adam January 1, 2010 at 12:34 pm

Soalan anda terlalu subjektif, anda boleh cuba mana-mana setting untuk outdoor dan indoor. Contoh aperture paling kecil untuk Depth of Field.

Reply

fitri December 31, 2009 at 12:43 pm

aku pengguna baru dlm dunia dslr nie..aku guna d90..xbyk lg function n teknik yg di ketahui..tq atas info

Reply

Adam January 1, 2010 at 12:33 pm

Nikon D90 adalah sebuah kamera yang terbaru dan terbaik dalam kelasnya. Dengan mempelajari teknik asas fotografi, anda boleh mendapatkan shot gambar yang menarik.

Reply

jef January 5, 2010 at 12:02 pm

salam..bro..tak paham la..apa dimaksudkan dgn(.nilai aperture mestilah diubah sehingga mendapat nilai seimbang di meter.)..tq..baru bljr guna nikon d5000 bro.

Reply

ct March 29, 2010 at 1:12 pm

salam,xde buat class tuk fotografi ke en adam.klau ade bgthu ek.sya pgguna canon 450d gak.tp xthu ape2 pun,coz bru beli. :(

Reply

Adam Roslan September 2, 2010 at 8:44 am

Maaf, saya cuma pengguna amatur, sekadar membantu rakan yang mula berjinak dengan fotografi DSLR :)

Reply

myaa September 2, 2010 at 1:23 am

adam nak tya psl teknik extended of depth of field. klu dpn blur, adakah ia adlah teknik extend jgk??

Reply

Adam Roslan September 2, 2010 at 8:46 am

Itu termasuk dalam teknik Limited DOF. Maksudnya, jika ada satu objek khusus difokus, ia ialah DOF tidak kira depan atau belakang.

Reply

Idris September 26, 2010 at 4:26 pm

Adam.Apakah yang dimaksudkan mendapat nilai seimbang di meter

Reply

Adam Roslan September 29, 2010 at 5:25 am

Jika anda perhatikan pada meter di DSLR anda, anda akan dapati ada 3 titik utama iaitu -2 0 dan +2. Anda mesti seimbangkan kepada 0. Jika berada pada -2, gambar akan underexpose dan jika pada +2 gambar akan overexposed. Harap jelas.

Reply

Lin November 13, 2010 at 11:29 pm

salam adam..mcamane plak dengan kesesuaian ISO? kalo kurang chaya kena ISO mane yang paling sesuai

Reply

Ajeyy Rawk June 7, 2011 at 12:19 pm

wahhhh ! bagus betul nie .. hahah ! tq yah bro ! :) Entri terkini Ajeyy Rawk: BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINKMy Profile

Reply

rey September 2, 2011 at 8:13 am

Adam, sdra guna autofocus atau manual focus untuk gambar pertama di atas?

Reply

Adam Roslan September 2, 2011 at 2:46 pm

Limited DOF? Auto/Manual Focus tak menjadi masalah. Manual focus pun boleh untuk kita betul betul fokuskan pada objek.

Reply

syaz December 6, 2011 at 10:55 pm

agak2 kamera apa yg terbaik unt outdoor?now im using canon dslr 600D.

Reply

hafizi December 27, 2011 at 12:00 am

Assalamualaikum, Saudara Adam Pakai Kamera Brand Apa?

Reply

m.rusdhi July 13, 2012 at 6:30 pm

info yg sangat menarik bagi sy yg baru nk explore bidang fotografi..

Reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Previous post:

Next post: