(Tutorial DSLR) Teknik Fotografi

Adam luangkan sedikit masa Adam untuk membuat tutorial tentang sedikit teknik fotografi yang perlu dikuasai untuk kursus Photography Communication. Sila ambil perhatian bahawa Adam bukanlah seorang yang pakar dalam bidang fotografi dan masih merangkak mencari ilmu. Jadi, sebarang kesilapan daripada segi konsep atau teknikal harap dimaafkan dan teguran amatlah dialu-alukan.

1. Limited Depth of Field

Apa? Teknik ini memerlukan anda menajamkan gambar yang difokus dan gambar dibelakang akan kabur.
Bagaimana? Gunakan apperture yang tinggi f3.6-f1.8 dan nilai shutter mestilah diubah sehingga mendapat nilai seimbang di meter.
Contoh?

Limited Depth of Field

Aperture: F/3.5, Shutter: 1/500

2. Extended Depth of Field

Apa? Teknik ini akan menjadikan gambar anda tajam sama ada objek yang di fokus atau gambar latarbelakang.
Bagaimana? Gunakan apperture yang paling rendah f22-f36 dan nilai shutter diubah sehingga mendapat nilai seimbang di meter. Perhatian; nilai shutter akan menjadi lebih kecil, anda perlukan tripod dan timer shutter release bagi memastikan tiada kesan shaking dalam gambar.
Contoh?

Extended Depth of Field

Aperture: F/22, Shutter: 1/12

3. Panning

Apa? Teknik yang digunakan untuk memegunkan objek yang sedang bergerak. Hanya objek yang difokus akan sharp dan latar belakang akan kabur.
Bagaimana? Gunakan nilai shutter seperti 1/80 atau 1/120 bergantung kepada kelajuan objek. Ada tiga langkah yang perlu dituruti untuk mendapat hasil yang menarik.
1. Fokus objek yang sedang bergerak dari jauh.
2. Tekan separuh butang shutter dan ikut objek itu bergerak ke titik tengah.
3. Apabila objek sampai ke titik tengah, tekan shutter dan lajakkan kamera untuk hasil yang ekstrem.
Contoh?

Shutter: 1/80

4. Slow Shutter Speed

Apa? Teknik ini akan ‘menangkap cahaya’ dengan kadar yang lebih. Hal ini akan menjadikan sebarang objek bergerak seolah-olah tidak kelihatan dan menjadi satu garisan yang menarik. Contohnya air yang mengalir, lampu kereta yang bergerak, kilat yang memancar dan sebagainya. Perhatian; nilai shutter akan menjadi lebih kecil, anda perlukan tripod dan timer shutter release bagi memastikan tiada kesan shaking dalam gambar.
Bagaimana? Gunakan nilai shutter yang kecil seperti 30″ kerana anda perlu untuk ‘menangkap cahaya’ lebih lama.

Slow Shutter

Shutter: 30 secs, Apperture: F28

5. Fast Shutter Speed

Apa? Teknik ini akan memegunkan objek bergerak yang difokus.
Bagaimana? Gunakan nilai shutter yang tinggi seperti 1/1000. Objek yang bergerak seperti orang melompat akan menjadi pegun di udara.

Fast Shutter Speed

6. Portrait
Apa? Sekadar portrait.
Bagaimana? Gunakan nilai shutter seperti 1/15 sudah memadai dan nilai aperture mestilah diubah sehingga mendapat nilai seimbang di meter.
Contoh?

Potrait

7. Landscape
Apa? Abadikan pemandangan menarik sekitar anda dalam bentuk gambar.
Bagaimana? Gunakan nilai shutter seperti 1/15 sudah memadai dan nilai aperture mestilah diubah sehingga mendapat nilai seimbang di meter.
Contoh?

Landscape

Other articles you might like;

22 thoughts on “(Tutorial DSLR) Teknik Fotografi”

    1. Canon 450D, kamera DSLR. Untuk kamera digital biasa, selalunya tiada fungsi kawalan untuk tetapan aperture dan shutter speed. Jika ada, boleh dengan menggunakan tetapan di atas.

    1. Nikon D90 adalah sebuah kamera yang terbaru dan terbaik dalam kelasnya. Dengan mempelajari teknik asas fotografi, anda boleh mendapatkan shot gambar yang menarik.

  1. salam..bro..tak paham la..apa dimaksudkan dgn(.nilai aperture mestilah diubah sehingga mendapat nilai seimbang di meter.)..tq..baru bljr guna nikon d5000 bro.

  2. salam,xde buat class tuk fotografi ke en adam.klau ade bgthu ek.sya pgguna canon 450d gak.tp xthu ape2 pun,coz bru beli. :(

    1. Jika anda perhatikan pada meter di DSLR anda, anda akan dapati ada 3 titik utama iaitu -2 0 dan +2. Anda mesti seimbangkan kepada 0. Jika berada pada -2, gambar akan underexpose dan jika pada +2 gambar akan overexposed. Harap jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Papar entri terkini dengan Commentluv <3