≡ Menu

10 Undang-undang Aneh di Dunia

10 Undang-undang Aneh di Dunia

Ada diantara kita yang pernah dengar tentang 10 Undang-Undang Aneh di Dunia. Walaupun tidak terima dek akal, namun undang-undang ini termaktub dalam perundangan sesebuah negara kerana sebab-sebab yang tertentu seperti perbezaan budaya, untuk menjaga kebersihan dan ketenteraman penduduk setempat dan mungkin untuk menjaga sensitiviti pihak tertentu. Berikut disenaraikan 10 tempat dengan undang-undang aneh yang diperkenalkan.

Singapura

Bagi menjaga kebersihan di jalan-jalan utama di kotaraya Singapura, pihak berkuasa Singapura pada tahun 1992 melarang gula-gula getah dijual (dan diimport) dan dikunyah di kotaraya tersebut. Tetapi, gula-gula getah yang mempunyai nilai nilai terapeutik (penyembuhan) dibenarkan.

Eraclea, Italy

Pelancong yang ke Eraclea yang terletak berhampiran Venice sama sekali dilarang untuk membina istana pasir kerana dipercayai menghalang laluan pejalan kaki yang bersiar-siar di tepian pantai dan aktiviti ini merupakan satu kesalahan di Itali.

Amsterdam, Netherlands

Merokok di tempat awam seperti cafe dan kaki lima adalah dilarang tetapi menghisap ganja adalah dibenarkan.

Florida, USA

Para penggemar aktiviti lasak parasut, anda perlu berhati hati sekiranya di Florida kerana mereka akan memenjara perempuan belum berkahwin yang menyertai aktiviti ini pada hari Ahad.

Switzerland

Mengepam tandas di apartment di Switzerland adalah haram selepas 10 malam. Lelaki yang kencing berdiri selepas pukul 10 malam juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Eboli, Italy

Sekiranya anda berada di Eboli yang terletak di selatan Naples, anda akan didenda €500 sekiranya didapati bercium di dalam kenderaan yang bergerak.

Capri, Italy

Lagi lagi di Itali. Penduduk setempat di Capri amat menghargai suasana yang tenteram dan sunyi. Seasang pelancong yang didapati membuat bunyi bising dengan memakai selipar yang berbunyi (akibat geselan tapak kaki basah dengan selipar) telah ditahan dan pihak berkuasa melarang memakai kasut yang berbunyi bising selepas kejadian itu.

Alabama, USA

Walaupun tidak logik, sebuah negeri di selatan Amerika melarang pemandu memandu dengan menutup mata.

Dubai, UAE

Di Dubai, pelancong atau pasangan yang bercumbuan di tempat awam akan ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang.

Asia Tenggara

Kebanyakkan tempat di Malaysia, Singapura, dan Brunei seperti hotel melarang pelancong atau pelanggan mereka membawa masuk Durian ke dalam premis oleh kerana baunya yang ‘busuk’.

Sumber: The world’s strangest laws – Telegraph

Other articles you might like;

12 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3


Next post:

Previous post: