≡ Menu

8 Tuntutan Bersih 2.0 2011

Gerakan Bersih 2.0 yang dijadualkan diadakan pada 9 Julai nanti membawa 8 tuntutan untuk diketengahkan. Jabatan Penerangan Malaysia menjawab tuntutan mereka di laman Facebook mereka. Mereka menuntut kepada demokrasi dan memberi keseimbangan media agar tidak berat sebelah kepada Barisan Nasional dan UMO sahaja.

Perhimpunan yang di rancang secara aman, akan menjadi ganas apabila pihak polis menangani secara kasar. Campurtangan dengan cara yang tidak menghormati hak kebebasan untuk bersuara ini yang menjadi faktor sesebuah perhimpunan menjadi ganas – Malaysiakini

TUNTUTAN 1 : Bersihkan senarai Pengundi.
Senarai Daftar Pemilih dibersihkan sepanjang masa oleh SPR berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Cara pembersihan antaranya seperti berikut:

  • Pembersihan dengan mengeluarkan nama mereka yang telah meninggal dunia daripada senarai pengundi
  • Pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN. Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Isu “pengundi hantu” yang sering ditimbulkan pembangkang ada kaitan dengan kes tempat mengundi berbeza dengan alamat tempat tinggal mengikut MyKad.

TUNTUTAN 2 : Mereformasikan Undi Pos.
Jabatan Penerangan Malaysia Perlu kepada pindaan akta di Parlimen dan bukan melalui demonstrasi.

TUNTUTAN 3 : Guna Dakwat Kekal Dalam Pilihan Raya.
Jabatan Penerangan Malaysia Pada PRU yang akan datang, SPR bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik.

TUNTUTAN 4 : Akses Media Bebas & Adil.
Jabatan Penerangan Malaysia Kerajaan tidak sekat kebebasan untuk akses kepada mana-mana media selagi mana media tersebut mengikut undang-undang dan etika.

TUNTUTAN 5 : Tempoh Berkempen Sekurang-Kurangnya 21 Hari.
Jabatan Penerangan Malaysia Boleh mengundang suasana kurang sihat dan kos yang tinggi.

TUNTUTAN 6 : Kukuhkan Institusi Awam.
Jabatan Penerangan Malaysia Sedang dilakukan melalui Program Transformasi Kerajaan.

TUNTUTAN 7 : Hentikan Rasuah.
NKRA adalah di antara tindakan kerajaan bagi menghapuskan rasuah dan perlu disokong oleh semua pihak. Sebenarnya, SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.

TUNTUTAN 8 : Hentikan Politik Kotor.
Kerajaan amat peka terhadap suasana ini tetapi sering menjadi mangsa politik kotor oleh pembangkang. Tuntutan bilangan 8 ini merupakan helah pembangkang yang sering menuduh tindakan menangkap mereka yang melakukan huru-hara sebagai permainan politik kotor kerajaan. Pembangkang sebenarnya tidak mahu mereka ditangkap pada Perhimpunan haram pada 9 Julai ini lalu tuntutan ini disenaraikan.

Other articles you might like;

4 comments… add one
  • miszbeauty July 6, 2011, 8:28 am

    tak de 1 pun yang menyebabkan perlu membawa parang, bahan letupan dan maki hamun kalau diikutkan senarai ni. then kenapa terlalu bodoh sehingga membawa barangan seperti itu sampai menakutkan semua org? perlukah kita sesama melayu bertelingkah? tau tak bangsa lain bertepuk tangan ketawakan kita kerana ini? saya selesa hidup aman damai bebas kemana sahaja, jangan musnahkan kebahagiaan kami wahai pengganas. berbincanglah dengan cara yg betul dan baik.
    Entri terkini miszbeauty: Wedding Planner!!!My Profile

    • Adam Roslan July 6, 2011, 1:33 pm

      Orang atas bawak pengaruh tak elok untuk rakyat. Kita cantas orang itu.

      Terima kasih untuk komen membina. Kita sayang Malaysia.

      • Malaya Ku July 9, 2011, 7:25 pm

        Adakah perlu kepada penghantaran memorandum seperti ini? Ini akan menyusahkan rakyat sebenarnya. Kita perlu lihat pada asas polis. Slogan polis semestinya cepat,mesra,betul. Akan tetapi, fitrah polis adalah kebengisan apabila berdepan dgn ksulitan. Seperti zaman rasulullah, bginda melantik khalid alwalid sbg pglima perang krn kebngisan shabat bebanding dgn para sahabat lain. bebalik kepada tadi, kerajaan kini telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat. Keamanan dijaga dengan baiknya. Cuma mungkin org2 yg tidak berhati perut merosakkannya. Biarlah mereka menaggung dosa mereka. asalkan keamanan berjalan seperti biasa. Mangapa kita perlu bertelagah untuk menghina dan berdemo untuk jatuh menjatuhkan bangsa melayu sendiri. tidak bolehkan Melayu bergabung? biar kerajaan mahupun pembangkang, kita melayu bersatu. mgkin org2 kerajaan ramai yang berbuat khilaf,org melayu pmbgkang bolehlah membentulkan mereka. Kongsi bersama manis dan pahit perjuangan melayu. pertahankanlah kekuatan melayu itu. bknnya reformasi yang tidak menguntungkan. Ingatlah, pihak dunia (US) sdg memerhatikan kta. mereka tertawa. Smpai masa, mereka akan dtg ke tmpt kita utk cmpur tgn. Mrka mendakwa membawa misi keamanan, ttpi sbnrnya, mereka ingin menjajah takluk kita semula sprt yg berlaku di Flphna, iraq, dan afgan. Jgn lah seperti ini wahai Bangsa Melayu yang ku sayangi. Bangkitlah mentamadunkan Ketertinggian Melayu itu sendiri. Marilah kita ulangi semula ketamadunan melayu & ISLAM di Malaysia dan di mata dunia. Amin..

  • awang July 28, 2011, 10:28 pm

    Hmmmmmm….org bangang mcm kau laa yg UMNO/BN amat sayang. UMNO/BN never like people who are smart thinkers. Know why? They can’t survive. Their survival is very much dependent on people like u who cannot think and toooooooblind to see, ignorant but arrogant & naive.
    UMNO/BN truly love you.
    Stay stupid all your life & be proud of it.
    Look at Sarawak. BN is now in deep shit for a very simple reason – Sarawakians are now have access to the Internet. That truly opens their mind.
    That idiotic pig Taib Mahmud/BN can no longer say just about anything and everything and expect all Sarawakians to swallow.
    Really hope uwillb smart like the awakening Sarawakians.
    Do not be a BN’s donkey.

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3


Next post:

Previous post: