Kadar Harga ‘Skybridge’ Menara Berkembar Petronas

by Adam Roslan on August 25, 2011

Kadar Harga 'Skybridge' Menara Berkembar Kuala Lumpur

Skybridge KLCC atau Jejantas Udara Menara Berkembar Petronas merupakan tarikan utama jika anda ke KLCC selain pusat beli belah Suria KLCC. Jambatan ini terletak 170 meter daripada tanah di tingkat 41 dan 42. Panjang jambatan ini ialah 57 meter dan seberat 750 tan.

KLCC menyediakan tiga pakej lawatan iaitu Pakej 1 untuk Jejantas Udara sahaja berharga RM 10 untuk Dewasa dan RM 3 untuk pemegang MyKad dan kanak-kanak. Pakej 2 membenarkan anda ke Jejantas Udara dan Dek Tinjau, berharga RM40 untuk dewasan dan RM20 untuk pemegang MyKad dan kanak-kanak.

Bagi yang berminat menjamu selera di Malaysian Petroleum Club, anda boleh membeli Pakej Premium berharga RM200 untuk makan tengahari dan RM350 untuk makan malam.

Anda boleh mendapatkan tiket ini mulai 8.30 pagi di Kaunter Tiket Skybridge di aras ‘Concourse’ Menara Berkembar Petronas. Jejantas Udara KLCC ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin mulai jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Pada hari Jumaat, Jejantas Udara KLCC ditutup pada jam 1.00 hingga 2.30 petang bagi memberi laluan kepada Solat Jumaat.

{ 23 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Previous post:

Next post: