Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2009/2010

by Adam Roslan on July 7, 2009 · 28 comments

Posting untuk siswa dan siswi yang berminat untuk mendapatkan bantuan Biasiswa Pelajaran JPA untuk Pengajian Dalam Negera Sesi 2009/2010.

Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

A. Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009; dan
  3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2008/2009 atau Semester Satu Sesi 2009/2010) dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau sedang mengikuti pengajian di tahun2 dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2009/2010;

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Gred 2A dalam 7 matapelajaran
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
  • Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.40
  • Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50

2. Pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2008/2009

  • Keputusan Peperiksaan Semester November/Disember Sesi 2008/2009 – GPA 3.50

3. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester Satu Sesi 2009/2010

  • Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar – Lulus
  • Bidang-bidang lain – CGPA 3.50

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.

BIDANG TAJAAN

  • Perubatan
    – Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar
  • Sains Tulen
    – Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat
  • Sains Gunaan
    – Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/ Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat
  • Teknologi
    – Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Sastera
    – Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/ Syariah/ Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras
  • Sastera Ikhtisas
    – Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat

KADAR BIASISWA

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.

TEMPOH KONTRAK

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  • Perubatan / Pergigian – 10 tahun
  • Farmasi / Perubatan Veterinar – 6 tahun
  • Kejuruteraan / Teknologi – 6 tahun
  • Perakaunan / Undang-undang – 6 tahun
  • Pengurusan / Sastera – 4 tahun
  • Biologi / Kimia / Matematik – 4 tahun

Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
  2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.

Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
  • Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2009 (PIDN);
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Julai 2009 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

PERTANYAAN

  • Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2009 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2009.
  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552, 03-8885 3554 dan 03-8885 3653. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
  • Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat [email protected]
Click here!

{ 28 comments… read them below or add one }

haritz July 10, 2009 at 3:10 pm

oic
.-= haritz´s last blog ..Akukan Abang! =-.

Reply

nadwa August 17, 2009 at 7:24 am

bile kputusan tu nak kuar ea? dah lbih 1 bulan nii..

Reply

minum September 28, 2009 at 11:26 pm

agaknye bila pulak bia nak masuk erk???kering sudah….

Reply

nur December 26, 2009 at 8:24 pm

adakah semua permohonan akan diterima utk mendapat biasiswa? ataupun yg terpilih sahaja?

Reply

tieya December 27, 2009 at 8:08 pm

salam.. nape ea x banyak biasiswa yg ditawarkan untuk ijazah pengajian bahasa? kalau ada pun cgpa tinggi.. kalau btl2 nak tlg student yg xmampu knp x trunkan ckit cgpa? atleast 3.3? huhu.. sgt sikit private company or bank yag offer 4 lingistics studies… kenape??? kalo course ni x penting.. knp ofer kat u?? terasa sgt bias antara bdk science,, byk pihak twarkan biasiswa untuk bdk course len tp knp tidak untuk bdk arts? unt bdk linguistics studies??='(

Reply

nurul March 16, 2010 at 9:36 pm

untuk tahun 2010….
bagi lepasan calon SPM 2009,,
bila permohonan untuk JPA ijazah dalam negara akan dibuka???
lagi satu saya dah mohon untuk ijazah luar negara jadi layak ke saya nak mohon untuk ijazah dalam negara pula???

Reply

reen April 7, 2010 at 11:12 am

bila permohonan utk biasiswa jpa lpasan matrikulasi dibuka../?

Reply

Keril May 7, 2010 at 9:15 pm

bila permohonan utk biasiswa jpa lpasan matrikulasi dibuka..?

Reply

mumtaz89 May 10, 2010 at 7:10 pm

salaM..
boleh x kalau nk mhon biasiswa j.p.a ni kalau dapat PNGK 3.70 di dalam pengajian syariah sewaktu peringkat diploma dulu??
sekarang ni saya hendak melanjutkan pelajaran ke jordon di dalam bidang yg sama diperingkat ijazah.. mohon penjelasan

Reply

yam May 11, 2010 at 4:21 pm

salam…kalau lepasan matrikulasi 2009/2010, bila boleh apply utk biasiswa jpa ni??

Reply

Adam Roslan May 25, 2010 at 1:27 am

# Keputusan permohonan Program Ijazah Luar Negara 2010 boleh disemak pada 21 Mei 2010 mulai jam 3 petang.
# Bagi permohonan untuk kursus-kursus di Universiti Penyelidikan (Research Universities), keputusan akan dikeluarkan pada 4 Jun 2010.

Reply

nadea May 22, 2010 at 9:26 pm

saya akan mengikuti diploma tesl pada bulan 7 ini..adakah saya layak memohon dan bagaimana cara untuk memohon..saya akan mengikuti pelajaran di UDM dan saya berasal dari keluarga yang susah

Reply

Adam Roslan May 25, 2010 at 1:26 am
simah May 27, 2010 at 4:38 pm

saya amat memerlukan biasiswa.
kalau pointer 3.0 lebih tapi tak sampai 3.5 macam mana ya? boleh tak?

Reply

wawa91 June 6, 2010 at 7:07 pm

hye..saya nk tny..bila tawaran biasiswa jpa or mara untuk plajar lpasan matrikulasi 2010 keluar ek? saya dah dpt twrn untuk ke usm untuk course farmasi..so sy nk try mtk biasiswa..

Reply

wan roslina June 9, 2010 at 3:48 pm

Bila tarikh tawaran biasiswa JPA akan keluar bagi 2010 ni? Bila tarikh tutup pula?

Reply

shasha azroi June 15, 2010 at 12:41 am

kalau saya telah mendapat 4.00 dlm matrikulasi.adakah pihak jpa masih akan melihat keputusan spm saya.saya tidak mendapat 7 a tetapi saya hanya dpt 5a n lulus spm..boleh tak pihak jpa memberi loan bisiswa kpd saya untuk mengikuti bidang perubatan???

Reply

groh91 June 28, 2010 at 3:52 pm

bile nak kuar tawaran jpa tok 2010\2011 ek?saye da dapat tawaran um tok ijazah sarjane mude ukur bahan…ari2 on9 nak cek permohonan jpa da bukak ke belom…

Reply

afiqah June 29, 2010 at 1:34 pm

bila tarikh pemohonan biasiswa jpa bagi 2010? saya akan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pada bulan julai..

Reply

hafiz June 30, 2010 at 3:09 am

weui bile tawaran jpa 2010 ni bkak ah??ak nak aply,,,,
bile tarikh ttup plak??
tolong bantu aku .urgent

Reply

amin July 1, 2010 at 3:09 pm

askum,,
sy student uitm art n design(industrial design)
sy nk tahu,,
adakah kos sy ini boleh memohon utk biasiswa JPA..
n result sem 1 sy 3.5>,,
sy baru nk msok sem 2,,,
harap tuan puan dpat mem beri jwpan secepat yg mungkin ,,
trima kasih,,

Reply

ecah July 2, 2010 at 10:28 am

slm,,
sya pljr upm kos dploma prtanian,,
bru nk msk sem 2,,
kalu result 3.1 blh x mhn biasiswa jpa??
kalu nk buat rayuan cmne??
ble tarikh bkk twaran??
tme ksih..

Reply

Adam Roslan July 10, 2010 at 2:36 am

Baca posting terbaru, cuba mohon. Kalau ada rezeki, dapatlah :)

Reply

hafiz July 2, 2010 at 11:03 am

tolong la gtau aku takot dah telepaas dia nyer apply\

Reply

atikah July 3, 2010 at 12:04 pm

salam,biletarikh ttp biasswa jpaaa

Reply

atikah July 3, 2010 at 12:07 pm

nk tye ni dlm 1 taon bpe kali jpa buka prmohonan utk biasiswa???npe die kate trkh ttp pd 30 jun n 30 nov stp taun????tlg la bg jwpn….konpius22

Reply

turmizi July 20, 2010 at 1:21 pm

salam satu malaysia..
saya dari UKM bangi…
telah terlepas untuk membuat permohonan biasiswa JPA,
adakah jika saya membuat rayuan melalui surat akan dilayan..? terima kasih

Reply

Adam Roslan July 20, 2010 at 3:52 pm

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Previous post:

Next post: