Tukar USD dan Pound ke MYR

by Adam Roslan on March 30, 2011

Matawang Ringgit Malaysia

Dah lama merancang untuk tukarkan koleksi matawang luar negara kepada satu aset yang anti-inflasi, dinar emas. Kenapa saya fikir hobi ini merugikan kerana nilai matawang akan sentiasa susut. Nilai duit pada enam bulan lepas ialah RM3.30 untuk satu dolar. Hari ini, nilai matawang susut kepada RM2.99. Saya rugi RM31 dalam tempoh tersebut.

Jadi bagaimana dinar emas dapat memberikan keuntungan atau mengelakkan daripada inflasi? Harga emas akan sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Semestinya saya akan terselamat daripada terus rugi jika saya menyimpan wang kertas tersebut.

P/S: Saya masih menyimpan beberapa not dolar yang bernilai USD1 sebagai kenang kenangan.
Matawang USD dan Pound

{ 1 comment… read it below or add one }

dye March 31, 2011 at 12:33 pm

tu la..nilai matawang us jatuh mendadak kot.dollar aussie lagi tinggi kalu tak silap. Entri terkini dye: the new look cun tak cun tak heeeee -My Profile

Reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Previous post:

Next post: