Siapa Adam

1.0 Diri

Assalamualaikum. Saya Adam Roeslani Roslan. Pemilik taman permainan digital ini. Terima kasih kerana sudi bertandang/tersinggah ke sini. Laman blog ini dibangunkan sejak 2006 dengan enjin Wordpress dan sebelum ini pernah pun menggunakan beberapa platform lain untuk berblog seperti Pitas.com. Penglibatan Adam dalam industri blogging ini hanyalah sebagai satu hobi yang mana Adam suka menulis, membuat dokumentasi dan sekadar untuk berkongsi pendapat dan informasi.

Dilahirkan pada March 1989 di Hospital Besar Kangar, Perlis Indera Kayangan (kini Hospital Tunku Fauziah Kangar). Mendapat pendidikan awal di Tadika Islam Taman Fauziah Kangar pada tahun 1994 dan 1995 sebelumĀ  diterima belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Indera selama enam tahun pada tahun 1996 hingga 2001. Seterusnya melanjutkan ke peringkat sekolah menengah di SMK Syed Hassan pada tahun 2002 dan berpindah ke SMK Derma pada tahun 2003 sehingga menamatkan tingkatan lima pada tahun 2006. Kini, Adam sedang menuntut dalam Diploma Komunikasi dan Media di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara Melaka sejak Julai 2007.

2.0 Hobi
Berkisar hobi di masa lapang dan masa senggang, Adam gemar melayari Internet sejak zaman TMNet Dial Up dan Jaring berkelajuan 56kbps. Mungkin satu kelebihan kerana mendapat talian Internet, Adam sudah mula menceburi bidang blogging pada awal pengaruh blogging bermula. Secara umumnya, Adam memang sudah lama terjebak dengan industri pengkomputeran dan amat berminat untuk terus mendalami ilmu pengkomputeran. Tidak ketinggalan untuk membangun atau membina laman web, serta servis dan membina komputer. Tidak ketinggalan, dari sekolah menengah Adam didedahkan dengan kamera dan sehingga hari ini ada menaruh hati untuk menjadi seorang jurugambar semi-pro walaupun output daripada kamera tidaklah sebegitu mengagumkan. Hanya sekadar hobi dan menjadi koleksi peribadi. Selain itu, untuk aktivti outdoornya, Adam menyertai Pengakap Kelana Negeri Perlis — menyertai setiap aktiviti perkhemahan dan riadah yang dianjurkan sebagai mengisi masa lapang. Juga, berkonvoi dan mengambil ilham melalui penunggangan motorsikal secara sendirian. Adam juga suka bercuti, tidak kisah dan menyimpan keindahan sesuatu tempat itu sebagai kenangan indah. Aktiviti ini memerlukan banyak sumber kewangan, tapi Adam dan rakan sudahpun berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia meninggalkan orang lain yang belum pun pernah menghabiskan percutian di semenanjung.

3.0 Hubungi

Saya sangat mudah didekati dan anda boleh menghubungi saya melalui kemudahan yang berikut
E-Mail – hi[at]adamroslan.com
YM - adam.roslan[at]yahoo.com
MSN – adam.roslan[at]live.com.my

Laman Rangkaian Sosial:

Jika anda benar ingin mengenali atau mengetahui saya dengan lebih lanjut, terus gunakan capaian di bawah untuk ke laman sosial saya dan jadikan saya sebagai rakan anda. Saya akan terima anda dan kita boleh terus berbincang soal hobi atau kegemaran anda.

MySpace – www.myspace.com/xter
Friendster – www.friendster.com/xtertech
Dermarian.com- www.dermarian.com/radiant
Facebook – www.facebook.com/adamroslan