8 Tuntutan Bersih 2.0 2011

Gerakan Bersih 2.0 yang dijadualkan diadakan pada 9 Julai nanti membawa 8 tuntutan untuk diketengahkan. Jabatan Penerangan Malaysia menjawab tuntutan mereka di laman Facebook mereka. Mereka menuntut kepada demokrasi dan memberi keseimbangan media agar tidak berat sebelah kepada Barisan Nasional dan UMO sahaja.

Perhimpunan yang di rancang secara aman, akan menjadi ganas apabila pihak polis menangani secara kasar. Campurtangan dengan cara yang tidak menghormati hak kebebasan untuk bersuara ini yang menjadi faktor sesebuah perhimpunan menjadi ganas – Malaysiakini

TUNTUTAN 1 : Bersihkan senarai Pengundi.
Senarai Daftar Pemilih dibersihkan sepanjang masa oleh SPR berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Cara pembersihan antaranya seperti berikut:

  • Pembersihan dengan mengeluarkan nama mereka yang telah meninggal dunia daripada senarai pengundi
  • Pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN. Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Isu “pengundi hantu” yang sering ditimbulkan pembangkang ada kaitan dengan kes tempat mengundi berbeza dengan alamat tempat tinggal mengikut MyKad.

TUNTUTAN 2 : Mereformasikan Undi Pos.
Jabatan Penerangan Malaysia Perlu kepada pindaan akta di Parlimen dan bukan melalui demonstrasi.

Continue reading “8 Tuntutan Bersih 2.0 2011”