Adam Roslan » craps

Selepas Raya 1429H
Assalamualaikum WBT.

Sedikit Entri selepas raya tahun 1429 Hijrah. Raya ini dirasakan seperti sesuatu yang berbeza dengan raya lepas. Mungkin kerana faktor umur yang sudah mengakhiri belasan tahun. Mungkin.

Raya pertama Adam pada tahun ini dihabiskan bersama keluarga di kampung. Pada awal pagi selepas sembahyang sunat Aidilfitri, Adam dan keluarga ke Padang Siding untuk menziarah Tok dan sepupu di sana. Juga, selepas itu Adam ke rumah Pak Long Li kerana Mak Long menyediakan mi kari untuk tetamu yang bertandang ke rumah. Pada tengah harinya Adam ke rumah Tok Wan di Behor Mempelam. Ramai yang ada di sana. Keluarga Pak Njang Nasir pun beraya di sini. Pada sebelah petangnya, empat buah keluarga Mak Teh bertandang ke rumah dan kesempatan itu diambil untuk bertanya khabar kerana hampir tidak kenal ‘orang jauh’ mungkin kerana sebelum ini Adam mengamalkan sikap tidak endah sahaja. Tapi sekarang Adam perlu kenal mereka, bukannya orang lain. Ada pertalian darah antara kami.

RS Family di Hari Raya

Hari raya kedua Adam menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Tengah hari ke rumah Yun, kemudian Epih, Mami, Remy. Pada sebelah malamnya, rakan-rakan bertandang ke rumah. Keluarga Pak Long Bashir bersama sepupu Adam juga turut datang sebelum mereka. Pada malam itu juga Adam sempat ke rumah Fakhrul untuk beraya bersama En Aziz dan keluarga.

RG 7171 dengan Bridgestone Hoop

Raya ketiga Adam tidak ke mana dan hanya menguruskan hal-hal persendirian. Adam membawa RG7171 untuk diservis. Pada mulanya hanya ingin menukar tayar belakang, akan tetapi kabel brek pula terputus, jadi terpaksa dihantar lagi apabila stok sampai. Sebelum ini skuter ini menggunakan tayar Viva Firefox, dan setahun selepas menggunakannya, tayar menjadi botak dengan tidak sekata. Setelah mendengar nasihat daripada Awin – pemilik Lee Hin Motor, Adam membeli Bridgestone Hoop untuk penggunaan masa depan. Untuk rekod, tayar ini berharga RM240 setelah dinego daripada harga asal, RM275 dan bacaan meter batuan pada 22020KM. Juga Adam membeli kepala paip (pili air) untuk menggantikan pili air di rumah. Kemudian, Adam ke rumah Mat Arip bersama saudara Fakhrul dan Hafiz. Juga ada bersama kami ialah saudara Cipun yang bersama Fakhrul. Cipun sudah sembuh daripada kecederaan kakinya dan kini boleh berjalan tanpa bantuan tongkat. Kami dijamu sate dan kuah kacang.

Raya keempat, Adam menghabiskan masa di rumah. Pada petangnya Adam ke rumah Farid dan pada malamnya bertolak ke Melaka. Bersama Adam pada malam itu ialah Hafiz dan juga Nana yang pulang ke Maktab Perempuan Melaka. Kehadiran Cedin untuk melambai kami telah memeriahkan suasana.

Kami tiba di bumi Melaka jam 9 pagi. Lewat daripada kebiasaan kerana perjalanan ke Melaka melalui Lebuhraya Utara Selatan sesak. Setibanya di Melaka Sental, kami bersarapan pagi sebelum menaiki bas Melaka/Durian Tunggal/Alor Gajah, tiket berharga RM3. Inilah kali pertama menaiki bas dari MC ke Alor Gajah selepas kali terakhir pada semester satu. Hujung minggu dihabiskan di bilik semata-mata.

RH5775 dengan sprocket 37T

Hari Isnin 6 Oktober 2008 bersamaan 6 Syawal 1429H, Adam diwakenabeb oleh rakan Adam yang tidak memberitahu bahawa kelas dibatalkan untuk ujian lisan. Pada tengaharinya, Adam menjemput Aliff dan kemudiannya ke Klemak untuk menukar rantai dan sprocket RH5775. Dengan mengenakan sprocket OSK Gold 37T yang dipadankan dengan sprocket 15T. Agak bergaya selepas raya. Untuk rekod, set sprocket dan rantai berharga RM70 pada meter batuan 13020KM. Pada malamnya, semasa kelas Public Relations, Adam diberi duit raya daripada Sir Abdul Rauf kerana berjaya mencapai markah antara yang tertinggi untuk peperiksaan pertengahan semester. Semoga Adam akan terus mencapai markah yang terbaik bagi menjamin masa depan Adam yang cerah. Amin…

DMC3E di McDonald’s Ayer Keroh

Kemudian Adam dan rakan DMC3E ke McDonalds Ayer Keroh untuk makan malam. Makan malam pertama selepas seminggu berhari raya. Mungkin juga jamuan Hari Raya DMC3E 2008. Apabila pulang ke blok, Adam dipanggil untuk mesyuarat bakal majlis tertinggi blok. Sedikit breafing untuk plan peralihan kuasa MT Lekiu 2008/2009. Adam telah dilantik sebagai Setiausaha Lekiu 2009. Satu tanggungjawab baru yang berat untuk Adam. Adam akan melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan ini dengan penuh dedikasi dan professional, InsyaAllah.

Selasa, hari hujan sehingga petang. Tiada aktiviti untuk hari itu. Pada petangnya, Adam ke Koko Sukan Bola Tampar. Kami mengadakan perlawanan bola tampar antara Team A dan Team B. Keputusan perlawanan, Team A menang 2-1 walaupun pada mulanya perlawanan dikuasai oleh Team B. Mungkin perlawanan ini sekadar suka-suka jadi tiada mengambil serius untuk menang. Pada malamnya, Adam mengadakan jamuan raya di P2203. Antara yang menghadirinya ialah Syafiq aka To-G, Adam aka G-tut, Fahmi aka Die Ya dan rakan-rakan level yang lain. Antara yang menarik pada malam itu ialah kek span, kuih batang buruk, kuih sepit dan penampilan isitimewa ketupat makan bersama gula.

Jamuan Raya di P2203

Rabu, juga kelas dibatalkan pada hari ini. Seperti biasa, bangun pagi dan mengemaskan bilik yang berselerak sebelum memasang niat untuk menyiapkan report. Pada tengahari, Adam ada menerima mesej daripada seorang sahabat bahawa ada seseorang mengirimkan satu sampul kepada Adam. Di dalam sampul tersebut terisi sekeping CD. Kandungan di dalam CD tersebut ialah sebuah lagu daripada Aliff OIAM bertajuk Kau Pergi. Terima kasih.

Pada petangnya, sekitar jam 4 petang Alif dan Adam merancang untuk keluar akibat terlalu bosan di dalam bilik. Selepas mencapai kata sepakat, Adam mencapai kunci RH5775 dan membawa Alif menuju ke Bandar Melaka. Destinasi pertama kami ialah Dataran Pahlawan. Memikirkan petang masih muda, kami ke Mamak Corner di Hang Tuah Mall untuk makan tengahari. Menu kami ialah Kuetiau Goreng bersama Ayam Tandoori. Selepas itu, kami bergerak ke Plaza Hang Tuah dengan niat untuk membeli screenguard untuk E71. Hampa. Jangan kata screenguard, phone itu sendiri tiada satu kedai mempunyai stok untuk model ini. Mungkin kerana masih baru di pasaran.

Mono-fork MTB

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Mahkota Parade. Di tengah perjalanan, kami sempat singgah ke beberapa kedai seperti kedai pencetak dan kedai basikal. Apa yang menarik ialah kami dapat melihat sebuah plotter HP bersaiz meja belajar dijual di sini. Juga basikal mono-fork di kedai basikal berhampiran yang dijual pada harga RM5000. Jika ditambah RM1K, anda boleh membeli Yamaha 135LC. Selain itu, kami melawat skuter Yamaha Nouvo LC berwarna hitam/bronze yang dirasakan langsung tidak ‘stail’. Bagaimana Yamaha merekabentuk model ini?

Setibanya di Mahkota Parade, Adam singgah ke Nokia Care dan mengusha leather case dan silicone case untuk E71. Hm, cuma ada Krusell Leather Pouch yang berharga RM108 dan silicon case PDAir berharga RM48. Namun bajet tidak setinggi itu. Kemudian berjalan sekitar lot kedai di MP untuk mencari screenguard. Alhamdulillah, ada satu kedai menjualnya pada harga RM15. Adam bersetuju. Selanjutnya, ada kisah menarik antara Adam dan promoter tersebut.

Adam: Boss, pasang kasi cantik-cantik ya.

Promoter: Ok. *sambil tekun mengelap cermin dan melekat*. Sudah siap, boleh tengok.

Adam: Hm. Eh, ni ada bubble, macam mana u pasang? Boleh bukak pasang balik ka?

Promoter: Ok. Ok.. *sambil adjust screenguard tapi rosak. Lalu diambil yang baru*. Hm boss, dah siap.

Adam: Hm, ok. Eh, kenapa u lekat tak sama ni. Kena steel tepi ni. Nanti mudah tertanggal.

Promoter: No lah, memang model ni punya dia potong tak sama. I dah adjust tapi tak dapat juga.

Adam: Eh, u tgk ni, I tolak dgn jari pun sudah mau tanggal. *sambil menolak screenguard yang dilekatkan atas steel sisi phone*

Promoter: Haiya, macamni la. U amik balik phone u, I tak boleh buat untuk U. *sambil mencabut screenguard kedua tersebut dan membuang ke dalam tong sampah dengan muka bengang*.

Adam: Terima kasih.

Pengajaran dari kisah di atas ialah janganlah kita menyalahkan sepenuhnya screenguard yang langsung tak bersalah tetapi tidak mengakui kesilapan kita. Sekadar satu contoh. Dalam hidup juga, kita perlu sentiasa untuk mengaku kesalahan kita demi menambahbaik tindakan dan perbuatan pada masa depan. Sekiranya kita sedar bahawa apa kita buat itu salah, InsyaAllah pada masa depan kita tidak akan mengulanginya.

Perjalanan diteruskan ke World of Sports kerana Alif ingin mencari kasut sukan baru untuknya. Mungkin mencari Adidas Sala v8 yang menjadi idamannya. Kemudian kami ke Al-Ikhsan di Dataran Pahlawan. Sempat juga Adam bertemu Bro Qod Bizandry di cawangan Bizandry Melaka di Dataran Pahlawan. Selepas itu kami ke Kafe Big Apple untuk bekalan supper kata Alif. Kami membeli 6pcs dan sebotol mineral Big Apple, jumlahnya RM14.

Memikirkan malam semakin larut, kami bergerak pulang. Sebelum pulang kami singgah sebentar di Kelemak untuk makan malam. Adam memesan kuetiau goreng manakala Alif – nasi goreng ayam dan sotong goreng tepung bersama minuman, limau ais. Jumlah makan malam kami ialah RM13. Walau cuma berjalan di dalam Melaka, kami telah menghabiskan puluhan ringgit untuk tiga kali makan. Ternyata objektif program untuk melepaskan tekanan telah berjaya. Semoga program melepaskan tekanan akan diadakan lagi pada masa depan.

P/S: Posting ini ditulis sepenuhnya menggunakan Nokia E71 QuickOffice selama satu jam. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca.

Salam Aidilfitri 1429H
Assalamualaikum W.B.T.

Sebagai pembuka bicara Adam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H kepada semua pengunjung Adam’s Playground, keluarga tercinta, rakan-rakan Reflector Family, rakan-rakan DMC3E, rakan-rakan Putra Rovers, rakan-rakan Lekiu 2-2, rakan-rakan blogging, rakan-rakan ham radio dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak.

Sepuluh jari disusun dengan kerendahan diri memohon ampun agar segala percakapan, perlakuan atau syak wasangka dimaafkan. Adam akan cuba perbaiki kelemahan diri agar dapat menjadi seorang anak, abang, pelajar, dan rakan yang lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

Tahun ini, Adam tidak mendapat walau sekeping kiriman kad raya berbanding tahun lepas dimana Adam mendapat sekeping kad raya daripada seorang peminat. Mungkin tahun ini dia tidak lagi minat jadi tiada lagi kad raya pada tahun ini disamping orang ramai termasuk dia sudah beransur melupakan tradisi zaman-berzaman untuk mengirim kad raya sebelum menyambut ketibaan hari lebaran? Dalam banyak-banyak kiriman SMS raya, Adam amat tertarik dengan satu kiriman SMS raya yang dihantar kepada Adam daripada classmate Adam, Fadh namanya. Apa yang menarik, beliau mendedikasikan ucapan raya tersebut kepada pelajar DMC3E yang mana kesemua nama 22 pelajar telah dimasukkan. Sungguh kreatif :)

Azza bershopping banyak tahun ini,

Nur menyanyi sweet (ker) sekali,

Jaz punya baju raya banyak tahun ini,

Raya tahun ini best sekali.

She dan Padhi comel sekali,

Memang lagi tinggi dari anak buah Yus darjah 4,

Ima pun comel kalau baju raya pink tahun ini,

Makan ketupat jangan banyak sangat tahun ini.

Jibam bawak kereta laju sangat,

Kecik danDel tengah datang awek kat tepi pun tak nampak,

Loghat utara Adam pekat sangat,

Sembahyang raya jangan buat lupa pulak.

Zhaf lelaki cool kelas kami,

Dayah si puteri comel Lina si minah mungil,

Fatin hot sangat tiap-tiap hari,

Jangan lupa paper dah memanggil.

Kam comel Sha sexy dari seberang sana,

Icha rambut warna,

Achud bawak kereta putih tahun ni,

Mermaaflah kita bersama.

Nas dan Yaya cantik dan bergaya,

Liya otain Anis manis tak pernah dingin,

Weh, Selamat hari raya,

Maaf zahir dan batin!

Mulai raya ini juga Adam bertekad untuk lebih mengenali sanak saudara. Sebenarnya sejak belakangan ini ramai saudara dan sepupu Adam telah berkahwin namun Adam tidak berkesempatan untuk berkenalan dengan ahli baru keluarga kami. Begitu juga dengan pertambahan bilangan anak buah Adam. Apabila tidak kenal antara satu sama lain, nanti nak bertegur pun susah. Alhamdulillah, terget itu berjaya dilaksanakan. Adam mula berkenalan semula dengan saudara-saudara Adam yang datang dari jauh; Shah Alam, Selayang, dan Temerloh.

Sepemergian Adam bersama rakan-rakan ke Pulau Pinang telah menemukan Adam dengan sebuah alat telekomunikasi canggih yang diberi nama Nokia E71. Telefon E series ini menjadi pilihan hati selepas mendapat duit saguhati sempena hari raya daripada saudara Fakhrul. Untuk maklumat lanjut tentang specs dan gambar phone, boleh klik sini. Selain daripada keypad QWERTY, Adam dapat online dengan telefon ini kerana dilengkapi dengan built-in Wifi dan juga built-in GPS. Mungkin berguna suatu hari nanti.

Nokia E71

Hari ini, ketika entri ini ditulis kalendar telah berukar daripada 2 haribulan kepada 3 haribulan. Selamat Hari Lahir ke 44 kepada Umi. Semoga Umi dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. InsyaAllah esok Adam akan belikan Umi hadiah :) Rasanya cukuplah setakat hari ini Adam beraya ya. Hari ini sepetang Adam bersama rakan-rakan telah menjalankan operasi menyerbu rumah rakan-rakan di sekitar Kangar seperti Yun, Epin, Remy dan juga rumah Mami. Hm, Elok ditukarkan mood raya kepada mood pelajar balik kerana banyak lagi assignment yang perlu diteruskan. Juga cukup untuk entri kali ini. Semoga bertemu lagi. Assalamualaikum.

P/S: Terima kasih kepada Cik Za yang sudi menjadi kenalan baru Adam. Semoga perkenalan dengan dia akan terus merancakkan penulisan Adam di sini. Adam sedia menerima sebarang komen, pendapat atau cadangan berkaitan Adam’s Playground daripada anda yang mengikuti perkembangan blog ini untuk kemajuan bersama.

Posting Pantas 02/09
Assalamualaikum WBT.

Posting pantas versi kedua untuk bulan September ini ditulis di PC kesayangan Adam di kampung halaman di Perlis. Adam selamat sampai ke Perlis tepat jam 6.30AM hari ini bersama Afiq, Hafiz dan Fakhrul dengan menaiki Proton Satria Mivec KAV2424 yang dipandu bergilir-gilir oleh Pilot dan co-Pilot, Afiq dan Hafiz. Alhamdulillah, balik jugak Adam ke Perlis untuk berhari raya bersama keluarga tercinta.

Sebenarnya tiada apa yang menarik untuk dicoretkan di sini — sekadar untuk menjadikan blog ini sentiasa terupdate. Anda juga tidak akan dapat membaca posting yang hebat seperti karya Shah Kang di blog beliau yang sentiasa diupdate dengan cerita-cerita baru yang menarik seperti Kisah Ali atau Abu yang mengajak kita untuk berfikir — watak mana yang lebih menyumbang kepada kemajuan ummah atau kisahnya duduk di tepi tingkap ketika menaiki kapal terbang dalam posting bertajuk Terbang juga Rancangan Cuti yang banyak dengan perancangan yang menarik. Kadangkala Adam terasa tercabar untuk membuat posting-posting yang menarik seperti Shah Kang tersebut. InsyaAllah, kalau ada masa dan idea, akan tercapai jua.

Hari ini banyak terfikir tentang assignment dan ‘perniagaan’ walaupun hampir separuh masa siang dihabiskan dengan tidur kerana hujan yang amat lebat melanda negeri Perlis pada sebelah petangnya. Rancangan untuk menukar tayar Majesty tidak dapat dilaksanakan akibat hujan. Pada lewat petangnya, Adam sempat ke Pasar Ramadhan Kangar bersama Fakhrul dan Hafiz untuk membeli juadah berbuka. Hari ini Adam berbuka dengan murtabak Kangar yang diidamkan sejak hari pertama berpuasa — dinamakan murtabak Kangar kerana murtabak jenis ini tidak akan dijumpai di mana-mana bandar-bandar lain dari segi bentuk fizikal, warna dan rasanya yang sedap dan tiada murtabak lain yang dapat menandinginya. Umi pula memasak Gulai Ayam Kampung sempena menyambut kepulangan Adam pada hari ini. Sedap. Maaf — tiada sample untuk diletakkan di sini.

Rancangan sempena cuti Hari Raya ini telah berkali-kali difikirkan.

Menyiapkan report untuk Journalism, Public Relations dan Psychology dan Storyboard untuk Photo Communication.

Hari Ahad Adam dijangka akan ke Pulau Pinang untuk membuat tinjauan harga laptop dan handphone. Sekadar membuat tinjaun dan belum membuat perkiraan untuk membeli dalam masa terdekat ini. Disamping saudara Fakhrul yang katanya ingin ke showroom Honda untuk melihat dengan lebih dekat kereta idamannya.

Juga untuk membuka akaun semasa Reflector Studio di Maybank Kangar.

Majlis berbuka puasa bersama Reflector Studio.

Kunjung-mengujung rumah saudara dan sahabat handai di seluruh negeri Perlis.

Membeli sprocket racing 38 gold dan rantai untuk RH5775.

Juga beberapa aktiviti lain yang difikirkan tidak perlu dinyatakan di sini secara terang-terangan. Ketika dalam keseronokan dalam memperoleh rezeki seperti yang ditulis dalam posting yang lepas, pengaruh ekonomi Amerika yang buruk telah menyusutkan ‘duit raya’ Adam untuk menyambut raya. Dalam perkiraan untuk membeli itu dan ini, semuanya terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu dek kejatuhan ekonomi mereka yang secara langsung menjejaskan perniagaan kami.

Rasanya tidak perlu buat entri untuk Hari Raya tahun ni — cukup sekadar ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Majlis Berbuka Puasa DMC3E 2008
Assalamualaikum.

Hari ini cukup pantas berlalu. Hari ini Blok Lekiu bersama PALAPES UiTM Melaka telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Nur Ramadhan 2008. Warga Blok Lekiu bersama bergotong royong mengacau dodol untuk edaran ke seluruh kolej di sini.

Majlis yang bermula pada jam 9 pagi ini dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Dr. Mizan bin Hitam. Lebih kurang 10 kawah dodol disediakan untuk edaran yang disertai oleh pelatih Palapes dan penghuni Blok Lekiu yang berakhir sekitar jam 4 petang. Adam menghadirkan diri untuk majlis tersebut pada sebelah petangnya untuk mengacau dodol (“mengucai dodoi” sekiranya anda orang utara) dan membuat persiapan untuk majlis berbuka puasa.

Pada sebelah petangnya, Adam telah melarikan diri daripada menghadiri majlis tersebut dan menyertai warga DMC3E yang mengadakan majlis berbuka puasanya di Restoran Irfan Tomyam di Bachang. Majlis ini disertai oleh semua warga DMC3E kecuali beberapa nama yang mempunyai urusan lain. Majlis ini turut diserikan dengan penyertaan bersama Sir Afiq, Miss Faridahanim dan Miss Zuliana sebagai tetamu undangan.

Aktiviti pertama kami ialah berbuka bersama-sama. Menu berbuka pada hari ini ialah nasi putih, ikan siakap 3 rasa, kailan masin, daging masak merah, telur dadar dan tomyam seafood. Masing-masing terasa kepuasannya selepas berbuka.

Kemudian kami ke Dataran Pahlawan untuk memenuhi masa terluang dengan aktiviti window shopping. Adam terbekenan kepada satu jam tangan Seiko. Mungkin menjadi idaman. :) Kemudian kami bergerak pulang. Semasa dalam perjalanan pulang kami singgah ke Restoran Nasi Kandar Pinang Besar untuk aktiviti makan supper. Kira-kira jam 1 pagi kami bertolak pulang ke Lendu. Terima kasih Sir Afiq, Miss Anem dan Miss Zuliana yang sudi menyertai ajakan kami :)

Terima kasih daun keladi, tahun depan kita buat lagi…

Rezeki Ramadhan
Assalamualaikum WBT.

Dalam posting sebelum ni tentang kehendak untuk mendapatkan beberapa barang dalam “wishlist” telah mendapat perhatian daripada saudara Fakhrul yang telah membuat balasan tentang niat Adam untuk memiliki semua yang tersenarai dalam “wishlist” Adam dengan peruntukan sebanyak RM 5000 kecuali sebuah kereta yang tidak mampu dimiliki dengan peruntukan tersebut.

Sebenarnya, Adam telah menyertai sebuah perniagaan dengan saudara Fakhrul baru-baru ini. Adam telah menjadi sleeping partner kepada saudara Fakhrul. Walaupun baru memulakan perniagaan ini tapi Alhamdulillah perniagaan kami telah mendapat pulangan yang agak sedap mata memandang. Selepas mendapat semula modal, untung kami berganda dan mungkin ini adalah rezeki Ramadhan.

Nampaknya angan-angan Adam dalam “wishlist” akan sedikit termakbul dengan wang yang diperoleh hasil perniagaan ini. Angan-angan Adam bukanlah sehebat saudara Fakhrul yang inginkan sebuah Honda Civic Type R, tapi hanya sekadar gajet-gajet elektronik yang ala kadar sahaja. Fakhrul sebagai seorang mastermind dalam perniagaan ini sudah pasti dengan mudah untuk mencapai matlamatnya selewat-lewatnya awal tahun hadapan. InsyaAllah, akan ada RJ1618 berlegar di sekitar Kangar suatu masa nanti, InsyaAllah.

Pagi tadi, Fakhrul ada menghantar SMS untuk mengajak Adam menyumbang sejumlah wang untuk Majlis Bersahur Yayasan Pembangunan Nur Hiikmah bersama-sama anak-anak yatim. Dengan niat untuk membuat amal kebajikan pada bukan Ramadhan, Adam dan Fakhrul bersepakat untuk menjadi penyumbang atas nama Reflector Studio untuk majlis tersebut. Kata Fakhrul, ini adalah salah satu cara kami di Reflector Studio untuk berbakti dan beramal di bulan Ramadhan ini. Maklumat lanjut tentang majlis tersebut atau Yayasan Pembangunan Nur Hikmah boleh dilayari di www.nurhikmah.org.my. Duit yang disumbangkan adalah daripada hasil awal perniagaan kami ini.

Jika bercakap tentang DMC3E, tiada apa perkembangan menarik selain daripada Majlis Berbuka Puasa DMC3E bersama Sir Afiq dan Miss Faridahanim yang akan diadakan pada 20 September 2008. Dijangka seramai 20 orang pelajar DMC3E akan menghadiri majlis tersebut.

Motif entri ini? Mungkin mahu bercakap tentang harapan Adam dalam memenuhi “wishlist” disamping mengharapkan sesuatu yang luar biasa di bulan Ramadhan ini. Adam masih menanti duit Google AdSense RM 300 yang belum di cash in ke dalam akaun dan Nuffnang RM 133 yang belum di cash out juga. InsyaAllah dengan duit ini Adam boleh dapatkan apa yang Adam idamkan selama ini. Pada pendapat anda, apakah benda pertama yang perlu Adam beli? Cadangan yang pertama ialah mendapatkan sebuah laptop untuk menggantikan laptop sediada yang sudah terbakar disamping menabung. Menurut kata Penasihat, “Kalau nak buat apa-apa kerja pun, biaq ada simpanan dalam bank takut nanti kalau jadi masalah kewangan boleh cover dengan duit tu”. Benar.