Rakaman spontan semasa berada satu lif dengan Argentina

Apa agaknya reaksi anda jika tiba-tiba anda berada di dalam lif yang sama dengan para pemain skuad Argentina? Mungkin sempat untuk anda bergambar ‘selfie’ bersama bintang dunia seperti Lionel Messi atau berjabat tangan dengan Javier Mascherano. Tapi bagi peminat ini, tidak cukup dua bintang, kalau boleh dia mahu rakamkan keseluruhan skuad walaupun hanya mempunyai peluang beberapa saat dalam lif bersama mereka.

Google rai pembukaan piala dunia dengan doodle baru

Google mempamerkan penghormatan bersempena pembukaan piala dunia dan kemenangan Brazil dengan animasi doodle yang kedua hari ini pada portal carian mereka. Doodle terbaru itu memperlihatkan logo dengan coretan warta biru, merah kuning dan hijau yang mewakili warna pada bendera Brazil dan Croatia.

PSY kembali dengan gandingan bersama Snoop Dogg

Sensasi Youtube Korea Selatan PSY kembali dengan muzik video lagu terbarunya Hangover. Kali ini dengan elemen rentas Genre K-Pop dan Hip Hop menampilkan rapper terkenal Amerika Syarika, Snoop Dogg. Usaha ini membuktikan PSY tidak mahu dikenali sebagai penyanyi dengan hanya satu single yang Berjaya iaitu Oppa Gangnam Style. Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

Jururawat dikecam menampal mulut bayi berusia lima hari dengan pita pelekat

Tidak berhati perut. Ini boleh dikaitkan dengan seorang jururawat yang bertindak keji menampal mulut bayi berusia lima hari dengan pita pelekat kerana mendakwa bayi itu terlalu bising.

Peminat komik teruja dengan rupa terbaru Batman

Perkongsian imej filem terbaru The Dark Knight oleh pengarahnya, Zack Snyder menjadi perbualan hangat di media sosial. Ada yang mengkritik rupa terbaru batman lakonan Ben Affleck itu namun bagi peminat setia komik Batman dan adiwira DC Comics, ia satu perkembangan yang positif. Salah seorang daripadanya pensyarah fakulti filem teater animasi UITM, Muhamad Azhar Abdullah.