(DIGODAM) Laman Web UiTM Pulau Pinang & Jabatan Kebajikan Masyarakat diserang Dragon Force

(Deface) Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

(Deface) UiTM Pulau Pinang

Kedua laman web diatas telah di-deface oleh Dragon Force Malaysia dan RileksCrew sekitar 1.20 pagi dimana rakyat Malaysia sedang menunggu Anonymous untuk menyerang laman web Kerajaan Malaysia.  Sementara itu, semua laman web Kerajaan Malaysia termasuk www.Malaysia.gov.my sudahpun ditutup (shut down, offline) bagi mengelakkan serangan oleh pihak penggodam.

Di laman web Ezi2Care JKM, penggodam dari Dragon Force Malaysia meninggalkan mesej yang sama seperti dua laman web terdahulu yang menentang tindakan kerajaan Malaysia menyekat akses ke laman perkongsian fail.

Laman web UiTM Pulau Pinang pula mesej berupa berikut ditinggalkan,

Happy Birthday UiTM Penang ke 15
sempena 15 thun, page ini sebagai hadiah :p
BTW, pn wan anishah krn bgi dpt A dlm kos csc
harap kite jmpe lgi pada thun hadapan

Continue reading “(DIGODAM) Laman Web UiTM Pulau Pinang & Jabatan Kebajikan Masyarakat diserang Dragon Force”