Posts Tagged ‘ham radio’

Nine Whiskey Two Yankee Papa Romeo

December 10, 2008  |  Radio Amatur  |  2 comments

Assalamualaikum WBT. Akhirnya Adam berpeluang untuk bercerita tentang satu lagi hobi Adam iaitu Radio Amatur. Entri ini direquest oleh saudara Adib yang nampaknya amat berminat dengan hobi ini. Baiklah, tanpa bercerita panjang elok Adam mulakan entri ini dengan sekeping gambar.

Sebagai permulaan Adam kenalkan callsign yang Adam daftarkan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu 9W2YPR atau dalam sebutan phonetik disebut “Nine Whiskey Two Yankee Papa Romeo”. Adam akan bercerita lebih lanjut apa itu callsign dan bagaimanakah hobi ini beroperasi dengan lebih lanjut selepas ini.

Read More

RAE-1 2007 Results

Salam.

Setelah banyak kali mendengar khabar angin, akhirnya aku bertekad untuk memeriksa sendiri apakah status peperiksaan RAE-1 2007 aku! Dengan perasaan berdebar-debar aku menyusuri dan mencapai laman web www.google.com lalu membuat carian dengan kata kunci: RAE 2007 Result. Berikut adalah hasil daripada pencarian aku. Maaf dengan ayat yang skema dan puitis ini.

1. Aku jumpa web ini, Wingie’s Cradle | Amatuer Radio : RAE 2007 Results

2. Aku lulus (Index number aku, 2559)!

e9e5c589-e973-42cb-a2d1-fcb7ad9e3392.jpg

3. Aku jumpa maklumat ini, Wingie’s Cradle | Amatuer Radio : Application procedures for Amateur Radio in Malaysia

Radio Amateur Examination 1/2007

Gambar sekitar Peperiksaan Radio Amatur 2007 Zon Utara yang diadakan di USM Nibong Tebal pada 6 Jun 2007.

image002.jpg

Uceh, ada kereta kebal pulak atas highway ;-)

image010.jpg

Perkarangan Dewan Utama USM Nibong Tebal

image004.jpg

Mari-mari.. barang murah. Motorola TK-508 dijual dengan harga RM 380 per set.

image008.jpg

Dalam dewan peperiksaan.

Copyright © 2010 · adamroslan.com | Powered by WordPress