Tuntut Kredit Hilang Lebih Mudah dengan @Maxislistens

Salam 6 Ramadhan. Zaifira Fahanna tanya saya, macam mana nak claim kredit kalau semalam topup RM10 dan sekarang tinggalnya RM0.41 sen? Hari ini saya akan menceritakan pengalaman saya untuk menuntut kredit yang tiba-tiba hilang akibat penggunaan data Internet.

Penggunaan telefon pintar seperti Blackberry dan iPhone memang memerlukan penggunanya melanggan pelan data. Tapi, kadang-kadang pelan data yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi Merah (bukan nama sebenar) memang tak boleh pakai, dan kadang-kadang kita sebagai pengguna kerap tertindas dengan polisi mereka yang merepek-repek.

Satu masalah kenapa saya terpaksa guna Hot Tiket semasa menggunakan telefon pintar ialah bagi mengelakkan kredit kena potong. Bila guna Hot Tiket, anda tidak menggunakan kredit tetapi hanya mempunyai jumlah minit dan SMS terkumpul dan pembekal telekomunikasi tiada cara untuk mencuri kredit saya. Sekarang, Hot Tiket pun dah merepek jugak.

Oleh kerana mereka sudah berjaya memancing orang ramai menggunakan telefon pintar, hari ini mereka menukar pelan yang ditawarkan kepada satu pelan yang tidak masuk akan dan merepek. Anda boleh BBM dan bersosial tanpa email dan akses kepada Internet. Ini satu penganiayaan.

Berbalik kepada tajuk, saya menggunakan kemudahan @Maxislistens iaitu menghantar tweet kepada khidmat pelanggan kerana talian 1800 820 120 pun merepek juga sebenarnya, selalu sibuk dan menelan kredit anda. Alternatif, telefon 123 daripada telefon bimbit anda.

Apa yang anda perlu ialah tweet @Maxislistens atau @Firdaus_Maxis untuk bertweet dengan khidmat pelanggan Maxis atau Hotlink. Saya cadangkan anda agar tweet dengan mention @Firdaus_Maxis tentang masalah anda. Kemudian dia akan follow anda dan meminta anda untuk DM nombor telefon, dan mereka akan menelefon anda. Esoknya, dapat semula RM9 anda yang hilang!

Tuntut Kredit Hilang Lebih Mudah dengan @Maxislistens

P/s Bukan susah nak dapat, tapi kena cuba. Jangan kata entri ini menyokong Maxis, saya masih rasa tertindas dengan pelan mereka.