Posts Tagged ‘Kangar’

Pasar Malam Kangar

June 23, 2010  |  Cerita Hari Ini  |  2 comments

Setiap hari Rabu, akan diadakan pasar malam di Perkarangan Stadium Utama Kangar. Pasar malam ini adalah yang terbesar di negeri Perlis. Sekiranya anda berpeluang, singgahlah ke sini untuk menikmati syurga makanan kerana pelbagai juadah makanan ada dijual di sini. Tidak lupa kepada ikan dan buah-buahan.

Read More

Video Rasmi Negeri Perlis

June 21, 2010  |  Cerita Hari Ini  |  No Comments

Fairlady di Kangar

May 31, 2010  |  Daily Craps  |  4 comments

Melilau di Kangar pada petang hari merupakan suatu yang rutin pada zaman cuti yang panjang ini. Bosan dengan tiada aktiviti khusus menjadikan saya seperti seorang kuntar yang tergolong dalam kategori merisaukan. Selepas selesai beberapa urusan bersama Amran Ali termasuk makan tengahari di Pizza Hut Kangar, ke kedai ‘persenta kong’ Ah Soon di Taman Kemajuan, saya ke Bee Aik Kangar untuk satu tujuan. Memandangkan bacaan meter Majesty saya sentiasa 0 mph dan lampu minyak enjin yang sentiasa berkelip, saya ke sana untuk menjalankan servis berkala.

Seperti apa yang dijangkakan, mereka dan kedai motor sekitar Perlis langsung tiada menyimpan stok untuk kabel brek Yamaha Majesty YP250. Sebelum ini ada meminta bantuan En Shaiful untuk mendapatkan harga barangan tersebut, tapi kedai tersebut masih gagalĀ  dihubungi. Lalu, dengan kepakaran yang ada mereka menggantikan kabel meter Yamaha Virago untuk Yamaha Majesty. Prestasinya cemerlang. Selesai servis, kuda besi ini dipercayai bergerak dengan lebih lancar.

Apa yang menarik perhatian di kedai tersebut ialah sebuah Nissan Fairlady 350Z yang diparkir di belakang kedai. Kata Amran, beli kereta mahai mahai parking bawah pokok pisang. Terbaik.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kereta ini adalah milik tokey Bee Aik Motor. Sebelum ini beliau menggunakan (dibaca menaiki atau memiliki) sebuah Toyota Silvia. Kemudian menaik taraf kepada Nissan Skyline R35 sebelum menggunakan Nissan Fairlady ini. Baguslah, sekarang dah ramai anak muda di Perlis segak bergaya dengan kereta sukan mereka. Saya menanti rakan-rakan terdekat untuk menyambar satu. Boleh merasa naik kereta sukan.

Meriahnya Kangaq!

May 11, 2010  |  Daily Craps  |  2 comments

Setiap tahun, Negeri Perlis akan menyambut Sambutan Keputraan Raja Perlis pada 17 Mei. Tahun ini lebih meriah dengan sambutan 10 Tahun Pemerintahan DYMM Raja Perlis. Pelbagai acara menarik telah berjalan dan antaranya ialah Majlis Penutup 1Pengakap 1Malaysia. Malam-malam kalau berjalan di Perlis, dapat tengok lampu-lampu cantik di sekitar Kangar. Antara yang menarik perhatian ialah lampu warna-warni di Jalan Kangar – Arau. Esok kita bergambar lagi bersama lampu cantik di Kangar!

Secret Recipe kini di Kangar

February 1, 2010  |  Daily Craps  |  1 Comment

Hi. Lama jugak tak menulis di sini. Benar, lama betul. Kalau tulis pun berkait dengan berita semasa dan bukan ‘daily craps’ seperti yang rajin di tulis lama-lama dahulu. Ya, sibuk sikit. Banyak jugak sibuknya mungkin. Kalau semester enam Diploma Komunikasi dan Media ini orang kata mudah, tapi bagi Adam tidak. Okay, terus kepada tajuk. Kepulangan Adam ke Perlis sempena Festival Filem Pendek dan Video Pelajar Malaysia ke-7 (FFVPM 7) di UniMAP pada dua minggu lepas telah memberi sedikit kejutan kepada Adam. Mana tidaknya, sebuah kafe Secret Recipe telahpun beroperasi di bandar Kangar. Untuk anda yang belum pernah bertandang ke negeri Perlis, kafe ini adalah kafe Secret Recipe yang pertama di negeri ini. Paling dekat, di Jitra Kedah Darul Aman. Selepas ini, tidak lagi rakyat Perlis akan ke Jitra untuk makan kek Secret Recipe ini.

Satu lagi ‘pembangunan’ fizikal yang ada di negeri Perlis. Nampaknya pelabur sudah mula berani untuk masuk mengembangkan perniagaan mereka di negeri ini. Kita nantikan apa lagi perniagaan francais yang akan masuk ke negeri Perlis. Sudah lama saya menanti McDonald’s di Kangar. Bila lagi agaknya? Meh, layan beberapa keping gambar Secret Receipe Kangar. Gambar ihsan Mat Kayangan dari AnakPerlis.com.

Copyright © 2010 · adamroslan.com | Powered by WordPress