(VIDEO) Liga Super 2013 – Kelantan lawan ATM (2-3)

www.youtube.com/watch?v=T8WVVJkj6cQ

Kelantan bermula garang apabila membuka jaringan menerusi Indera Putra Mahiyuddin, yang mudah menyepak bola ke gawang yang kosong pada jarak 30 meter pada minit ke-27, berpunca daripada kesilapan antara Md Safwan Hashim dan penjaga gol tuan rumah, Farizal Harun.

Penyerang import Red Warriors, Keita Mannjou menambah perit ATM apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-33.

Continue reading “(VIDEO) Liga Super 2013 – Kelantan lawan ATM (2-3)”

Kelantan, ATM Sahkan Kejuaraan Liga Super dan Liga Premier

Kemenangan besar 6-0 Kelantan keatas Perak mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kedua.

Manakala ATM yang menewaskan Pos Malaysia 3-1 juga mengesahkan mereka sebagai juara Liga Premier 2012 dan melayakkan mereka ke Liga Super 2013.

Lions Benam Terengganu, Kelantan Hampiri Persada

Sepanjang 90 minit perlawanan agak membosankan dengan beberapa serangan yang dilakukan oleh kedua dua pasukan. Namun, Lions XII berjaya mencuri 3 mata daripada Terengganu selepas Sufian Anuar menjaringkan gol pada minit minit akhir perlawanan melalui gerakan cantik dari kanan padang.

Kelantan ketinggalan 6 mata di belakang Lions XII berjaya merapatkan jurang selepas menewaskan Kuala Lumpur di tempat sendiri, 1-0 hasil jarimgam Mohamad Ghaddar Mohamed pada minit ke-60 menerusi sepakan penalti.

Arena.my melaporkan Selangor mencatat kemenangan besar apabila mengalahkan T-Team 5-0 di Stadium Shah Alam. Gol Selangor hadir seawal minit kelima hasil jaringan penalti yang dijaringkan oleh Mohd Safiq Rahim sebelum pemain import Selangor, Ramez Jamal Dayoub menggandakan jaringan pada minit ke-45.

Continue reading “Lions Benam Terengganu, Kelantan Hampiri Persada”

Sime Darby Menang Perlawanan, Kelantan Menang Piala FA 2012

Tahniah pasukan Kelantan yang berjaya membawa pulang Piala FA edisi 2012, dengan bentuk baru dan menamatkan penantian 22 tahun.

1. Tahniah kepada Ghaddar yang menjadi wira Kelantan apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas berlaku kekalutan di dalam kotak penalti. Insiden itu menyebabkan beliau dikasari dan menghadiahkan peluang kemenangan pada minit ke 58.

2. Tahniah kepada anak buah Ismail Zakaria yang bersungguh-sungguh mengekang asakan dan membuat serangan berbahaya yang gagal disudahkan.

3. Saya menyokong statistik perlawanan dimana Sime Darby mengawal bola lebih banyak daripada pasukan Kelatan, selain beberapa percubaan tepat di separuh masa pertama.

4. Sime Darby mempunyai beberapa peluang seperti gerakan solo Patrick Ronaldhino dan kemasukan Razali Umar pada separuh masa kedua turut mengucar kacirkan lawan.

5. Bahagian serangan Kelantan juga tidak berpeluang menghasilkan percubaan menepati sasaran dan kebanyakkannya terkandas di benteng yang diketuai oleh Es Lizuan.

6. Es yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan sangat bertepatan kerana prestasi baiknya sepanjang 94 minit perlawanan dan kemampuannya mengawal mental rakan sepasukan selepas ketinggalan satu gol.

7. Selepas gol dijaringkan, perlawanan yang pada awalnya rancak bertukar perlahan setelah pasukan Kelantan memilih untuk bertahan, dan beberapa pemain mereka termasuk Khairul Fahmi dikenakan kad kuning kerana melengahkan permainan.

8. Semangat yang ditunjukkan oleh penyokong Kelantan yang memenuhi setiap ruang stadium haruslah dipuji.

9. Semoga Ismail Zakaria dan Peter Butler bersama anak buah mereka meneruskan kecemerlangan dalam menamatkan baki saingan Liga Super dan Liga Perdana, seterusnya melayakkan diri untuk merebut Piala Malaysia.

10. Tan Sri Anuar Musa datang menyokong di kerusi penonton sebagai penonton biasa dan mendapat liputan penyiar.

11. Jersi Sime Darby dijual RM20 selepas tamat perlawanan, RM49 sebelum perlawanan.

Sime Darby Idam kejutkan Kelantan, Cipta Sejarah

SETELAH kecewa dalam dua aksi final Piala FA sebelum ini, Kelantan tidak mahu episod duka itu berulang dan tekad untuk menjulang piala itu buat kali pertama apabila menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.

Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi berkata, pasukan itu tidak akan memandang mudah cabaran wakil kelab Lembah Klang itu yang melakukan banyak kejutan dalam laluan mereka ke pentas final.

“Mereka merupakan sebuah pasukan yang kuat dalam saingan Piala FA musim ini, jadi saya harap pemain Kelantan akan mempamerkan aksi terbaik mereka kerana kita tidak mahu kecewa buat kali ketiga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan akhir Piala FA di Kuala Lumpur, semalam.

Skuad ‘The Red Warriors’ tumpas 1-4 menerusi sepakan penalti kepada Selangor pada 2009 selepas terikat 1-1 dalam masa penuh permainan serta kalah 1-2 kepada Terengganu pada musim lepas.

Mohd Badhri yang dikenali dengan nama jolokan ‘Piya’ di kalangan rakan sepasukan, turut mengakui tekanan yang diberikan oleh peminat setia ‘The Red Warriors’ untuk menjulang Piala FA buat kali pertama itu, sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan pemain skuad tersebut.

“Cuma apa yang saya harapkan, setiap pemain perlu memberikan sepenuh fokus dalam perlawanan esok selain tidak memandang mudah keupayaan lawan.

“Saya turut meminta Norshahrul (Idlan Talaha) dan Indra Putra (Mahayuddin) menjaringkan gol awal untuk membakar semangat pemain pada perlawanan esok (hari ini),” katanya.

Kapten pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir pula berkata, semua pemain pasukan tersebut sangat teruja untuk meraih kemenangan bagi mencipta sejarah sebagai pasukan berstatus kelab pertama muncul juara piala tersebut.

“Pihak pengurusan turut menjanjikan habuan kepada pemain sekiranya menang… ini merupakan tonik tambahan kepada kami untuk mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Skuad tersebut mencipta kejutan dengan menjadi kelab pertama yang melayakkan diri ke final Piala FA termasuk menumbangkan juara bertahan, Terengganu pada saingan separuh akhir. – Bernama