Tamat Hotlink Youth Club, kini Hotlink Extra dengan 33 sen seminit 7 sen SMS

Kejutan daripada Maxis! Tak pasti sejak bila, plan Hotlink Youth Club saya ditamatkan dan secara automatik ‘menikmati’ plan baru Hotlink Extra dengan kadar 33 sen seminit untuk minit pertama dan 25 sen untuk minit seterusnya; 7 sen SMS; dan 12 sen seminit dan 1 sen SMS bagi nombor Active10.

Untuk makluman, pengguna yang melanggan plan Hotlink Youth Club selama 4 tahun secara automatik akan dipindahkan kepada plan baru ini. Dan tiada lagi pendaftaran untuk Hotlink Youth Club dibenarkan dan yang sedia ada masih dikekalkan.

Saya dimaklumkan caj harga untuk panggilan adalah berdasarkan blok 60 saat. Terharu! Jadi untuk soalan diatas, saya mempunyai kira-kira 90 minit masa berbual sebelum menghabiskan kredit RM5.