Ragam ‘cooling break’ jadi trending di Twitter

Kata kunci ‘cooling break’ jadi trending di platform twitter sepanjang hari serentak dengan masa rehat pertama dalam sejarah bola sepak Piala Dunia itu. Seperti biasa, pengguna media sosial ada versi mereka yang tersendiri tentang masa rehat ‘cooling break’.

‘Tim Cahill’ trending kerana gol ‘Volley’ cantik

Nama Tim Cahill trending sejak gol yang disumbangkan kepada negaranya iaitu Australia pada perlawanan awal pagi tadi menentang Belanda. Ini gara-gara sepakan golnya yang dianggap sebagai satu rembatan yang cantik dan padu oleh penyokong serta penonton dari seluruh dunia.

Nama ‘Guillermo Ochoa’ trending di Twitter

Nama penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa terus trending di platform media sosial terutamanya Twitter selepas muncul sebagai wira kerana berjaya menyelamatkan pintu gol pasukannya daripada beberapa percubaan bahaya ketika menentang Brazil dalam perlawanan kumpulan A Piala Dunia 2014 di Arena Castelao, pagi tadi. Di media sosial, foto Ochoa disunting dengan pelbagai lakaran kreatif sama seperti yang sebelum ini dibuat oleh peminat Robin Van Persie.

Filem ‘Humpty Sharma Ki Dulhania’ trending di Youtube

Selepas kejayaan filem box office 1998, Kuch Kuch Hota Hai, Pengarah dan Penerbit Terkenal Karan Johar nampaknya terus cuba untuk memecah rekod kutipan USD18 juta filem itu dengan menerbitkan filem-filem dengan formula yang hampir sama. Cubaan terbaru, Karan Johar adalah dengan menerbitkan filem ‘Humpty Sharma Ki Dulhania’. Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.