Posts Tagged ‘tv3 fitnah’
Berikut adalah laporan berita berkaitan kejadian fitnah kepada rombongan Sultan Kedah ke negara Brunei. Diharap pihak TV3 mengambil tindakan untuk memohon maaf atas kesalahan mereka agar kepercayaan rakyat terhadap TV3 tidak hilang. Adalah penting pihak yang mempunyai pengaruh dalam media untuk mempunyai kepercayaan rakyat dan memberi rakyat maklumat yang tulus.
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Harakah) -Tindakan dan keghairahan media perdana di negara ini dalam menyiarkan berita-berita yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain daripada Barisan Nasional (BN) amatlah dikesali.
Menurut Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid dalam proses untuk memenuhi agenda memburukkan lawan politik BN , media perdana sangat ketara cuba menggambarkan pemerintahan Pakatan Rakyat juga turut menyalahgunakan wang rakyat untuk berbelanja mewah.
Read MoreSalam. Sesekali ingin juga menyertai dan menghantatkan topik yang sedang panas pada masa kini. Selain daripada masalah politik dan kisah peralihan pucuk pimpinan negara, seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan tindakan membabi buta pihak media — TV3 telah memfitnah Sultan Kedah Darul Aman.
Dalam Buletin Utama 10 Julai 2008 telah menyiarkan laporan daripada seorang penonton yang telah menghantar video yang menunjukkan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dan rombongan Diraja yang diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana Datuk Saad Endut ke Brunei bagi tujuan menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis ambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa depan dan mempertikaikan langkah Istana Kedah itu yang dianggap sebagai membazir. Agensi berita Bernama melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menggunakan khidmat jet yang disewa tersebut kerana kesuntukan masa.
Read More