Adam Roslan » tv3 fitnah
TV3 lakukan ‘jenayah media’, sebar fitnah
Berikut adalah laporan berita berkaitan kejadian fitnah kepada rombongan Sultan Kedah ke negara Brunei. Diharap pihak TV3 mengambil tindakan untuk memohon maaf atas kesalahan mereka agar kepercayaan rakyat terhadap TV3 tidak hilang. Adalah penting pihak yang mempunyai pengaruh dalam media untuk mempunyai kepercayaan rakyat dan memberi rakyat maklumat yang tulus.
Menurut Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid dalam proses untuk memenuhi agenda memburukkan lawan politik BN , media perdana sangat ketara cuba menggambarkan pemerintahan Pakatan Rakyat juga turut menyalahgunakan wang rakyat untuk berbelanja mewah.
“Dalam keghairahan untuk mencari apa sahaja isu yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain BN , didapati media perdana nampaknya tidak berhati-hati dalam memilih bahan berita.
“TV3 baru-baru ini telah melakukan ‘jenayah media’ yang turut melakukan fitnah sedangkan hanya beberapa hari sebelumnya media tersebut telah memaparkan secara khusus isu fitnah yang dikaitkan dengan politik Malaysia.
“Untuk kali pertama TV3 menyiarkan slot khas lengkapkan dengan bacaan ayat-ayat Al Quran yang mendedahkan fitnah yang menjadi gejala politik di negara ini,”jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily pagi ini.
Tambahnya lagi,”akan tetapi hal yang sama jugalah yang dilakukan bila sebuah klip gambar yang membayangkan MB Kedah dikatakan mengguna pesawat khas dalam suatu penerbangan baru-baru ini.”
Katanya lagi, padahal yang sebenarnya seperti yang dilaporkan oleh Bernama , ia bukan seperti yang telah cuba digambarkan oleh TV3 dan ia dikatakan ialah sebuah penerbangan rombongan di raja Kedah untuk berlepas ke Brunei bagi mengundang Sultan Brunei hadir di sambutan jubli emas Sultan Kedah.
“Teras kesal kenapa budaya fitnah media ini diamalkan oleh TV3, bukankah dengan cara yang sangat gelojoh ini akan memburukkan lagi keadaan berpolitik di negara ini.
“Menfitnah dengan berita yang salah apatah lagi dengan membabitkan kelompok istana adalah gejala yang tidak dapat diterima oleh rakyat,”ujarnya yang kesal dengan kejadian tersebut.
Beliau juga menegaskan bahawa,ketelanjuran ini tidak boleh dibiarkan berlalu malah untuk tidak memangsakan pihak yang menjadi sasaran, permohonan maaf terbuka perlu dilakukan oleh media yang berkenaan.
“Teras mengesa TV3 jangan terlalu ghairah dengan menyertai dan terlibat dalam politik fitnah yang sering dituduh pihak lawan BN yang melakukannya.
“Pada pendapat Teras, amalan media yang tidak beretika dan tidak dikawal itulah yang menyebabkan budaya fitnah berleluasa di negara ini,”tegasnya.
TV3 Memfitnah Sultan dan Kerajaan Kedah?
Salam. Sesekali ingin juga menyertai dan menghantatkan topik yang sedang panas pada masa kini. Selain daripada masalah politik dan kisah peralihan pucuk pimpinan negara, seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan tindakan membabi buta pihak media — TV3 telah memfitnah Sultan Kedah Darul Aman.
Dalam Buletin Utama 10 Julai 2008 telah menyiarkan laporan daripada seorang penonton yang telah menghantar video yang menunjukkan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dan rombongan Diraja yang diketuai Tunku Bendahara Kedah   yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana Datuk Saad   Endut ke Brunei bagi tujuan menyembah titah   mengundang Sultan Brunei ke majlis ambutan Jubli Emas   Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa depan dan mempertikaikan langkah Istana Kedah itu yang dianggap sebagai membazir. Agensi berita Bernama melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menggunakan khidmat jet yang disewa tersebut kerana kesuntukan masa.
Dengan tanpa usul periksa, video ini disiarkan kepada umum dan telah menimbulkan banyak persoalan dari kalangan rakyat dan penonton TV3 sendiri. Bagaimana keadaan seperti ini boleh berlaku? Sebagai sebuah organisasi media yang berpengaruh di negara ini adalah tidak wajar pihak TV3 untuk menyiarkan video yang boleh diklasifikasikan sebagai video yang memfitnah institusi diraja dan secara langsung mengelirukan penonton. Seharusnya pihak TV3 membuat sedikit ‘homework’ dengan mengkaji dari mana sumber itu datang dan membuktikan kesahihannya sebelum disiarkan kepada umum dan tidak menyiarkan berita yang diterima yang tidak diketahui kebenarannya.
Selain pendedahan video klip tersebut, keghairahan TV3 dalam mencari kesalahan Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Kerajaan PAS telah membongkar kegiatan penebangan balak di kawasan tadahan air di Kedah. Laporan Harakahdaily menyatakan;
Media yang taksub dengan isu alam sekitar, TV3, dalam laporannya baru-baru ini membongkar kegiatan penebangan balak yang berlaku secara berleluasa sejak lima tahun lalu di kawasan tadahan air di negeri Kedah.
Ustaz Azizan baru tiga bulan menjadi Menteri Besar. Bermakna, kegiatan memusnahkan kawasan tadahan air itu berlaku sejak Dato’ Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar dan berlarutan di zaman Mahdzir.
Itu intisari dari laporan yang dibuat oleh TV3. Meludah ke muka Ustaz Azizan, terkena batang hidung menteri besar terdahulu.
Adalah tidak salah untuk membuat pendedahan tentang pembalakan yang hanya akan mengancam ekosistem dan hidupan di kawasan pembalakan terbabit, malahan kawasan tersebut adalah merupakan kawasan tadahan air yang membekalkan air ke seluruh negeri Kedah dan juga ke negeri jiran, Perlis dan Pulau Pinang. Tetapi pendedahan TV3 ini seolah-olah membuka pekung di dada. Mahu mengkritik kerajaan PAS, tetapi langsung tidak sedar bahawa keburukan itu bermula daripada kerajaan terdahulu, iaitu Barisan Nasional (BN) pimpinan Dato’ Syed Razak  Syed Zain dan Dato’ Seri Mahdzir Khalid.
Jelaslah daripada dua ‘pendedahan’ ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa TV3 telah tidak lagi mendukung peranan untuk membela rakyat. Kami dalam kalangan rakyat rasa tertipu dengan perlilaku stesen TV ini. Mujurlah dengan adanya Internet, rakyat mudah untuk mencari kebenaran dan tidak hanya bergantung kepada media yang pro-kerajaan. Rakyat perlukan pembelaan. Kenapa perlu memburuk-burukkan kerajaan PAS untuk menegakkan benang yang basah? Rakyat sudah didedahkan dengan pelbagai kisah benar dan sandiwara pucuk pimpinan negara. Politik Malaysia sekarang sudah tenat, dan rakyat perlukan perubahan drastik bagi mencapai kestabilan ekonomi dan politik.
* Ini merupakan posting saya yang pertama yang secara langsung berbaur politik dengan harapan untuk mencari kebenaran dan mendapat pembelaan. Posting ini ditulis berdasarkan pembacaan daripada Internet dan diolah semula bersesuaian dengan pemikiran saya.
* Video Laporan MB Kedah Ke Brunei oleh Buletin Utama pada minit ke 9:08 di laman web rasmi TV3. Klik sini untuk pautan.