Posts Tagged ‘TV3 Nur Kasih’

Nur Kasih Episod 17

September 14, 2009  |  Music & TV  |  3 comments

Nur Amina mengambil keputusan tidak mengikut Adam pulang ke Malaysia untuk mencari ketenangan sebelum membuat keputusan untuk perkahwinan mereka. Adam meneruskan kehidupannya tanpa Nur Amina. Setiap hari, Adam akan menghantar email kepada Nur Amina untuk memberitahu tentang kehidupannya.

Aidil membantu ibu Aliya membuat kerja amal untuk sebuah pertubuhan. Datuk tertawan dengan sikap Aidil dan menawarkan Aidil untuk bernikah dengan anaknya iaitu Aliya.

Read More

Nur Kasih Episod 15

August 29, 2009  |  Music & TV  |  No Comments

Nur Amina membawa diri ke Jeddah dan bekerja di sana dengan seorang wanita bernama Ummu Majid. Aidil dan Adam datang ke Mekah membawa Hajjah untuk menunaikan ibadah umrah. Di sana, mereka bertemu semula dengan Nur Amina. Nur Aminacuba melarikan diri tetapi Aidil cuba menghalang dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada Adam selepas pemergian Nur Amina.

Adam juga telah memberitahu perkara yang sebenar kepada Imam Abu Bakar dan Mak Ani keadaan sebenar yang berlaku diantara dia dan Nur Amina.

Read More

Nur Kasih Episod 14

August 21, 2009  |  Music & TV  |  No Comments

Sarah pura – pura sakit dan memanggil Aidil datang ke rumah Nabila. Sarah memasang perangkap tatapi tidak menjadi apabila Nabila pulang sebelum Aidil tiba di rumah Nabila. Hubungan Nur Amina dan Adam kembali pulih sedikit demi sedikit. Nur Amina sudah mulai menerima kehadiran Adam dalam hidupnya.

Sarah cuba menghasut Aidil dengan menceritakan tentang perasaan Aidil kepada Nur Amina suatu ketika dahulu. Nur Amina terkejut apabila mengetahui bahawa Adam sudah berkahwin lain ketika di Australia.

Read More

Nur Kasih Episod 13

August 17, 2009  |  Music & TV  |  No Comments

Nur Amina perlu meneliti projek di luar Bandar. Tanpa diketahui olehnya, Adam terpaksa mengantikan tempat bosnya disaat – saat akhir. Nur Amina terkejut melihat kehadiran Adam di resort. Adam cuba membaiki hubungannya dengan Nur Amina. Pada masa yang sama, Dato’ Hamzah yang merupakan client mereka mempunyai hati pada Nur Amina. Adam cemburu melihat keakraban mereka.

Sarah mencari Aidil sehingga ke Kuala Lumpur kerana mengetahui bahawa Aidil berada di rumah Adam.

Read More

Nur Kasih Episod 12

August 7, 2009  |  Music & TV  |  No Comments

Nur Amina memulakan pekerjaannya. Tanpa diketahui, Adam juga turut bekerja di pejabat yang sama dan Adam merupakan kawan baik kepada bosnya. Keadaan Katrina semakin teruk. Aidil menyarankan Adam membawa Katrina berjumpa pakar sakit jiwa untuk membantu memulihkan Katrina.

Sarah pula cuba mendekatkan dirinya dengan Aidil.

Read More
Copyright © 2010 · adamroslan.com | Powered by WordPress