Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Saya Adam Roslan, boleh panggil saya Adam. Berpengalaman 6 tahun dalam syarikat Coway Malaysia Sdn Bhd. Hari ini saya akan cerita sedikit sebanyak tentang kelebihan berniaga dengan sistem yang ditawarkan oleh Coway Malaysia.

Saya telah membimbing lebih 500 usahawan Coway dari seluruh Malaysia untuk memahami bisnes Coway dan menjana pendapatan sampingan dengan sistem yang lengkap ini. Ada yang bekerja sebagai tentera, guru, pesara, usahawa, suri rumah malahan pelajar dari IPTA/IPTS yang menjadikan Coway sebagai sumber pendapatan kedua mereka.

Dengan pengalaman yang ada ini, saya akan membantu Tuan Puan untuk memulakan bisnes Coway dan mencapai impian kewangan yang diimpikan.

2015: Impian Saya

Pekerjaan terakhir saya adalah bersama Astro Malaysia Sdn Bhd, sebagai seorang Digital Content Specialist. Kerja office, kadang kadang turun padang juga untuk buat content video bagi Astro Gempak, Astro Ulugam. Hujung 2015, saya dan isteri merancang untuk cari penapis air yang sesuai untuk rumah. Selepas buat survey, saya pun tersewa penapis air Coway Petit (kini dah diganti dengan Glaze) dan pada masa yang sama turut jadi ejen sah Coway.

Selepas daripada itu saya pun nampak yang orang lain tak nampak — berniaga penapis air secara dropship sahaja. Modal permulaan RM120 kemudian saya pun buatlah free marketing di FB dan laman web. Akhirnya bulan Mac 2016 barulah saya betul betul serius dan berjaya dapat 3 sales pada bulan tersebut.

Cerita 2016: Percutian Percuma

Dalam bisnes ini, ada 4 perkara utama yang boleh kita dapat; duit yang setimpal; penghargaan; percutian dan kerjaya. Daripada empat perkara ini, saya paling tertarik dengan percutian percuma yang ditawarkan oleh syarikat. Pada masa yang sama syarikat mengumumkan trip tahunan 2017 ke Rome; Venice; Milan di Itali. Setelah mendapat briefing secukupnya, saya pun memulakan langkah untuk mencuba dapatkan tiket ke Itali.